Harian Metro

Hanya kos sederhana diperlukan

-

Salam deko kepada semua. Kembali bertemu kita dalam ruangan Inspirasi Deko yang sering memberikan pelbagai pendedahan berkenaan tip hiasan dalaman. Minggu ini dan minggu depan saya akan memperkata­kan berkenaan hiasan siling yang cukup sinonim dengan kediaman di Malaysia. Tidak lain dan tidak bukan siling kapur atau plaster siling. Siling kapur antara kemasan hiasan untuk menjadikan siling kediaman kelihatan lebih menarik. Malah menjadi titik tumpu apabila ditambah teknik pencahayaa­n menarik.

Kediaman dengan siling kapur sudah menjadi cita rasa pilihan pada masa ini kerana ia boleh menjadikan ruang dalaman kelihatan lebih istimewa. Asalnya siling kapur ini datang dari sentuhan kediaman istana di Barat suatu masa dulu. Lama-kelamaan siling kapur ini mula menghiasi rumah agam dan kediaman orang ternama. Seiring peredaran masa, akhirnya sentuhan siling kapur kini menghiasi hampir segenap kediaman di seluruh dunia.

Memasang siling kapur hanya memerlukan kos yang sederhana bagi membeli bahannya.

Namun kos kepakaran pemasangan selalunya bergantung kepada kemahiran masing-masing. Semakin berpengala­man ‘tukang pasang’ maka semakin tinggilah harga upahnya. Jika inginkan kelainan, pastikan anda laburkan sedikit kos bagi mendapatka­n ‘tukang pasang’ yang begitu mahir dalam pembuatan siling kapur. Ini kerana kerja itu sangat rumit termasuk teknik keseimbang­an, pengiraan, ukur bahan dan sambungan pendawaian.

Sebelum memasang siling kapur, kerja pendawaian perlu dilakukan terlebih dulu bagi memudahkan langkah seterusnya. Pastika anda sudah menandakan bahagian atau bucu tempat lampu dan pencahayaa­n akan ditempatka­n. Penggunaan lampu juga agak berviarasi termasuk lampu jenis ‘downlight,’ lampu chandeliar, lampu gantung hiasan dan lampu lekap. Kedudukan kipas usah diabaikan bagi mengelak berlaku kesukaran kemudian hari.

Terdapat pelbagai rekaan siling kapur boleh menjadi pilihan anda, termasuk yang mempunyai hiasan berbunga, geometri, ringkas dan kosong, hiasan pada bucu serta ‘L-box.’ Jika dulu rata -rata siling kapur menggunaka­n sentuhan akhir dengan cat putih, namun kini ramai yang sudah mula berani bereksperi­men dengan menggantik­an warna itu dengan warna lain seperti hitam atau kelabu.

Jika anda memilih mewarnakan siling kapur dengan warna yang lebih gelap, pastikan ia tinggi. Jika siling sudah berada pada ketinggian 2.4 meter ke bawah, mewarnakan siling kapur dengan warna selain dari putih akan membuatkan kediaman anda tampak rendah dan kecil. Jangan lupa sambungan artikel ini pada minggu hadapan dengan perincian yang lebih mendalam berkenaan siling kapur.

 ??  ?? 1.REKAAN moden dan kontempora­ri antara rekaan siling pilihan masa kini.
2.KETEPATAN pemilihan rekaan atau jenis siling mempengaru­hi penataan ruang kediaman anda.
3.SILING kapur antara kemasan hiasan untuk menjadikan siling kediaman kelihatan lebih...
1.REKAAN moden dan kontempora­ri antara rekaan siling pilihan masa kini. 2.KETEPATAN pemilihan rekaan atau jenis siling mempengaru­hi penataan ruang kediaman anda. 3.SILING kapur antara kemasan hiasan untuk menjadikan siling kediaman kelihatan lebih...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia