Harian Metro

‘PARU-PARU hijau’ PULAU MUTIARA

-

lingkaran pusat bandar dikeliling­i kehijauan flora dan fauna menyebabka­n ramai pengunjung datang untuk beriadah bersama keluarga serta menggunaka­n pelbagai kemudahan asas disediakan.

Malah ia lebih dikenali sebagai Taman Air Terjun ditubuhkan pada 1884 oleh penguasa pertama Charles Curtis dari Jabatan Kebun dan Perhutanan NegeriNege­ri Selat.

Charles adalah kurator dan seorang pencinta tumbuhan yang berusaha membangunk­an dengan transforma­si dari sebuah kuari lama kepada sebuah taman yang indah dan menakjubka­n.

Taman itu terletak di dalam sebuah lembah di kaki bukit hutan hujan tropika setinggi 112 meter dengan aliran mata air.

Sekali gus membahagik­an kawasan itu melalui sebuah kawasan beralun seluas 50 hektar. Pokok yang menghijau dan hidup subur menjadi lokasi tepat dan popular kepada pengunjung untuk menenangka­n fikiran.

Uniknya taman itu turut disifatkan sebagai satu warisan semula jadi unik dan secara tidak langsung berfungsi sebagai ‘paruparu hijau’ untuk Pulau Mutiara yang semakin pesat membangun.

Aspek botani dan hortikultu­r termasuk susun atur sememangny­a satu pencapaian besar kerana ia menggabung­kan unsur hutan tropika dengan sebuah landskap bertamadun secara semula jadi.

Malah, hasil kemajuan terdapat di taman itu kini berdasarka­n hasil usaha, semangat serta dedikasi Charles yang menjadi pemangkin utama pembanguna­nnya.

Pada masa sama, pengunjung turut berpeluang menyaksika­n taman ekonomi dengan tanaman kopi, kelapa sawit, koko dan lada hitam selain taman rekreasi kuari yang menyajikan kemudahan beriadah serta rekreasi.

Secret Garden pula terletak di kawasan lurah yang mempunyai bongkah batu granit dengan tumbuhan hutan di sekeliling­nya membuatkan pengunjung tenang dan nyaman dihiasi pelbagai jenis flora serta fauna biasa dijumpai di hutan belantara.

Taman herba menjadi lokasi mesti dilawati bagi mengenali lebih dekat herba digunakan untuk tujuan perubatan tradisiona­l, sementara laluan ‘aroid’ pula mengetenga­hkan pelbagai spesies paku-pakis yang dianggap istimewa.

Taman itu turut mempamerka­n rumah kaktus dan sukulen dengan jumlah 60 jenis spesies seperti Agaves, Aloes, Opuntia, Yuca, Euphorbias dan Sanseviera. Rumah orkid pula mempamerka­n 200 spesies.

Rumah Bromeliad turut menempatka­n pelbagai koleksi spesies dan hibrid bromeliad yang berkemungk­inan tidak lagi terdapat di tempat lain.

Bukan sekadar menempatka­n pelbagai jenis tumbuhan, malah turut menjadi tempat perlindung­an hidupan liar seperti kera ekor panjang, biawak, tupai, burung, haiwan vertebrata yang menjadi penghuni tetap di kawasan hutan berkenaan.

Ia dibuka kepada orang awam setiap hari dan turut menyediaka­n perkhidmat­an membawa rombongan pelawat mengelilin­gi taman dengan kadar bayaran minimum.

Lebih membanggak­an taman ini merekodkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung setahun.

 ??  ?? KEINDAHAN ini dapat anda saksikan di Taman Botani Pulau Pinang.
KEINDAHAN ini dapat anda saksikan di Taman Botani Pulau Pinang.
 ??  ?? TANAMAN berbunga ini menambahka­n keceriaan taman.
TANAMAN berbunga ini menambahka­n keceriaan taman.
 ??  ?? PERSEKITAR­AN taman yang selesa menarik
perhatian pengunjung.
PERSEKITAR­AN taman yang selesa menarik perhatian pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia