Harian Metro

Bahan pencuci semula jadi

Sesuai untuk orang alami alahan terhadap bahan kimia

- Shuhada Mansor gen.y.@hmetro.com.my

Dalam menjaga kesihatan, kita perlu titik beratkan tubuh badan sendiri. Antaranya berkaitan persekitar­an.

Contohnya, produk pencuci atau pembersih lantai banyak dijual di pasaran. Keberkesan­annya boleh dikatakan terjamin dengan bahan kimia. Namun yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana tindak balas pada tubuh badan kita.

Kita tahu, sesetengah bahan kimia boleh memberi reaksi alergi pada kulit. Malah terdapat kajian di Amerika Syarikat melaporkan wanita yang kerap terdedah bahan pencuci lebih tinggi risiko melahirkan bayi cacat. Menakutkan, bukan? Cuba tip DIY (Do It Yourself) bahan pencuci di rumah menggunaka­n alam

semula jadi.

CAMPURAN CUKA DAN HERBA

Mudah dan ringkas. Anda boleh gunakan semburan ini untuk mengelap kabinet dapur, lantai, meja atau apa saja. Paling penting ia tidak mengandung­i toksik.

Bahannya, herba segar atau sudah dikeringka­h seperti daun rosemary, pudina, lemon atau lavender dan cuka.

Untuk sediakanny­a, potong daun herba yang dipilih kemudian masukkan ke dalam balang. Isikan cuka ke dalamnya, rendam selama beberapa hari.

Kemudian, tapis herba dan air secara berasingan. Isikan air cuka herba ke dalam botol semburan dan sedia untuk digunakan.

Air pencuci yang sudah siap ini boleh digunakan terus atau ditambah air biasa.

DARIPADA HERBA KAYU PUTIH

Bau minyak kayu putih saja sudah menenangka­n. Oleh itu, campuran ini boleh dikatakan antiseptik semula jadi yang bekerja sebagai pembersih dan sesuai untuk lantai jenis kayu.

Sebelum digunakan, pastikan mop dalam keadaan lembab dan tidak terlalu basah serta lantai sudah dibersihka­n daripada segala habuk atau kotoran.

Bahannya, satu sudu teh minyak kayu putih, dua sudu ethanol, lima liter air panas.

Caranya, campurkan semua bahan dalam baldi dan gunakan seperti pencuci mop biasa. Mop sehingga bersih. Biarkan ia kering seperti biasa dan yang paling penting, lantai tidak perlu dibilas dan wangi!

Mudah dan paling penting, ia terhindar daripada bahaya toksik serta selamat untuk kebersihan satu rumah. Selamat mencuba!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia