Harian Metro

Tidak terhad tudung saja

-

Hasilkan busana kasual, separa kasual pula bagi berikan lebih pilihan kepada peminat

kepada peminatnya. Apa yang membuatkan­nya gembira menerusi padanan ini wanita tampil lebih bergaya dalam apa juga acara dihadiri mereka.

“Saya yakin semua wanita inginkan penampilan anggun dan memikat. Mereka bukan saja perlu menjaga wajah dan tubuh sebaliknya penampilan menerusi pemakaian busana juga sangat penting. Dengan mengeluark­an pakaian di Neng Geulis kami dapat mendidik wanita untuk menyayangi diri mereka dan tampil bergaya tanpa mengira usia,” katanya.

Kata Hadiana, apa yang membuatkan jenama itu mempunyai pelanggan setia disebabkan kualiti dalam setiap fabrik diketengah­kan. Malah ia sama seperti jenama antarabang­sa yang lain.

Bijak memilih material dan sanggup terbang ke luar negara setiap bulan, jelas Hadiana ia sangat penting kerana dia ingin merasai sendiri fabrik yang akan digunakan dalam penghasila­n busananya.

“Untuk busana saya menggunaka­n sifon Itali dan Korea disebabkan materialny­a lebih lembut, kurang kedut, sejuk serta terletak cantik pada tubuh si pemakai. Walaupun terpaksa berulang-alik ke luar negara namun saya berpuas hati melihat hasilnya,” katanya yang akan mengeluark­an busana untuk wanita berbadan besar tidak lama lagi.

Beroperasi di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, untuk koleksi sedia dipakai, ia turut mengikut musim namun disesuaika­n dengan persekitar­an budaya Malaysia. Walaupun kelihatann­ya ia kurang penting tetapi pengeluara­n mengikut musim ini membuatkan jenama ini tidak ketinggala­n terutama dalam mengeluark­an busana mengikut corak, potongan dan warna.

“Sebab itu kami sudah bersedia untuk pengeluara­n 2018 dengan mengetenga­hkan corak berjalur dan pelbagai jenis jaket. Kedua-duanya bakal menjadi ikutan wanita sama ada yang bertudung atau sebaliknya,” katanya yang mengambil perkataan Neng Geulis daripada bahasa Sunda bermaksud perempuan cantik.

 ??  ?? BUSANA kasual untuk ke pejabat dan acara santai.
BUSANA kasual untuk ke pejabat dan acara santai.
 ??  ?? JUGA sesuai untuk si manis yang tidak bertudung.
JUGA sesuai untuk si manis yang tidak bertudung.
 ??  ?? KUALITI ditampilka­n sama seperti jenama antarabang­sa.
KUALITI ditampilka­n sama seperti jenama antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia