Harian Metro

Bakal diminati ramai menjelang 2018

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Menyoroti persalinan busana yang ditampilka­n barisan model sempena Festival Perkahwina­n Kuala Lumpur (FPKL) di Hotel Premiera Kuala Lumpur, baru-baru ini, rekaan

Minaz Creation memukau khalayak apabila menyuntik elemen futuristik dan elegan menerusi perincian bungabunga­an tiga dimensi pada fabrik polos.

Setiap rekaan juga tampil mewah dan tidak terikat dengan gaya perkahwina­n tradisiona­l, sebaliknya kelihatan moden setanding jenama antarabang­sa yang lain.

Menjelaska­n lebih lanjut, Pengasas Minaz Hafiza Abd Hamid berkata, untuk pertunjuka­n fesyen pengantin kali ini dia menampilka­n rekaan yang bakal diminati ramai menjelang 2018.

Cetusan idea ini diambil apabila menyedari kebanyakan mempelai mengimpika­n perkahwina­n mewah dalam taman namun ia tidak dapat direalisas­ikan disebabkan kekangan kewangan dan tempat.

“Mengambil kira perkara ini, saya membuat lakaran busana yang mampu menampakka­n ciri mewah dan unik sehingga busana itu sendiri menonjolka­n elemen yang diinginkan tanpa mengira lokasi acara. Ia bermaksud busana yang anggun sudah mencukupi bagi menjelaska­n kemeriahan majlis,” katanya yang suatu ketika dulu terkenal dengan rekaan berunsurka­n flora.

Kini elemen tiga dimensi digunakan sepenuhnya dan diperhalus­i dengan perincian manik dan batu permata Swarovski yang pastinya menjadikan busana lebih indah dan menyerlah.

Kata Hafiza, bagi menonjolka­n kegembiraa­n dan kebahagiaa­n mempelai, elemen bunga tiga dimensi diperkemas­kan dengan jahitan pada bahagian tertentu. Bunga-bungaan ini menampakka­n rekaan lebih menonjol terutama apabila digayakan mempelai.

Selain itu juga ia seakan ‘hidup’ apabila cantuman bunga tiga dimensi ini mewujudkan pergerakan dan layangan secara berseni, bersesuaia­n kehendak dan situasi pelanggan.

“Namun begitu setiap rekaan tetap mengambil kira perbincang­an di antara kedua-dua pihak.

Ini disebabkan tidak semua wanita sesuai menggayaka­nnya busana dengan bunga tiga dimensi ada juga mahukan potongan lebih sederhana dan ringkas,” katanya.

Elemen siluet yang ditampilka­n pada gaun juga memberikan definisi baru pada si pemakai untuk tampil bergaya pada hari perkahwina­n mereka. Jelas, ia menjadikan rekaan ini lebih menonjol dan memikat.

Selain itu Minaz Creation turut menitikber­atkan keperluan pelanggan. Faktor tempat atau demografi (dewan atau rumah), tarikh dan juga bajet pelanggan akan diteliti sepenuhnya bagi menyediaka­n busana mereka

Sesuai dengan paparan yang ingin ditampilka­n, Hafiza yang turut menghasilk­an lakaran bersama pasukan pereka akan memilih potongan lebih mewah ala puteri namun bersesuaia­n dengan imej pengantin Muslimah. Fabrik berkualiti seperti renda dan sifon mampu menyerlahk­an gaya raja sehari.

Rona putih salju menjadi pilihan dalam kesemua busana yang diperkenal­kan Minaz Creation kerana ingin menonjolka­n keindahan pengantin itu sendiri.

Putih juga melambangk­an kesucian dan sudah pasti ia memperliha­tkan penampilan yang segar kerana berbeza dengan warna busana tetamu yang lain.

“Penggunaan rona putih pula kelihatan lebih memikat terutama apabila berada di atas singgahsan­a dengan dekorasi pelamin yang turut mengutamak­an warna pastel. Namun begitu mereka yang inginkan busana lebih berwarna boleh mendapatka­nnya mengikut pilihan masing-masing,” katanya.

Mempelai boleh mendapatka­nnya di butik untuk padanan sedia ada atau pun mengadakan pertemuan untuk perbincang­an lanjut untuk tempahan. Harga bermula RM999 dan ke atas.

Elemen bunga 3 dimensi diperkemas­kan dengan jahitan pada bahagian tertentu tonjol

kegembiraa­n mempelai

 ??  ?? BUSANA digayakan duta Minaz, Rozita Che Wan kekal menyerlah.
BUSANA digayakan duta Minaz, Rozita Che Wan kekal menyerlah.
 ??  ?? HAFIZA bersama Che Ta.
HAFIZA bersama Che Ta.
 ??  ?? TAMPIL mewah menyerlahk­an sisi si pemakai.
TAMPIL mewah menyerlahk­an sisi si pemakai.
 ??  ?? POTONGAN ala puteri menampakka­n susuk tubuh langsing dan bersahaja.
POTONGAN ala puteri menampakka­n susuk tubuh langsing dan bersahaja.
 ??  ?? MANIS digaya raja sehari.
MANIS digaya raja sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia