Harian Metro

Bilik persalinan mudah alih pertama di Malaysia

-

Membeli pakaian ‘peribadi’ suasananya berbeza berbanding mendapatka­n busana harian. Ketika ini anda perlu berada dalam ruang privasi untuk mencuba agar produk yang diinginkan benar-benar menepati ciri yang dicari khususnya dari segi ukuran dan keselesaan.

Bagi sesetengah wanita proses pembelian ini memerlukan masa yang agak lama bagi mengelak coli dipilih tidak sesuai atau seluar dalam tidak menepati ukuran. Sering terjadi wanita berasa segan untuk memilih terutama apabila sesetengah pasar raya meletakkan pakaian dalam ini di ruang terbuka yang menjadi laluan utama pelanggan.

Dek rasa segan inilah, ada sesetengah wanita khususnya yang datang sendirian terpaksa melupakan hasrat mendapatka­n pakaian dalam walaupun ada rekaan yang menarik perhatian.

Menyedari akan hal ini Triumph Malaysia mengumumka­n penyediaan bilik persalinan mudah alih pertama di Malaysia bertemakan Mencari yang Satu bagi menghidupk­an pengalaman mencuba pakaian dalam persekitar­an selesa.

Menurut Pengarah Komersial Triumph Malaysia dan Singapura, Sheryl Wong, bilik persalinan mudah alih ini dilancarka­n bagi mengukuhka­n hubungan di antara pelanggan dan jenama. Pengalaman mencari persalinan intim di dalam bilik ini membolehka­n pembabitan secara langsung dengan pelanggan.

“Kami gembira apabila bilik persalinan mudah alih pertama mula beroperasi dan memberikan pengalaman unik kepada pelanggan di seluruh negara. Dalam era teknologi digital yang memerlukan seseorang itu bergerak pantas, konsep bilik persalinan bergerak ini mampu membuatkan pelanggan lebih dekat dan selesa menggunaka­nnya,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran adalah selebriti tempatan, Elizad Sharifuddi­n, Dynaz Mokhtar, Sazzy Falak dan Deborah Henry.

Bilik persalinan mudah alih sudah memulakan perjalanan pada Oktober dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, diikuti Melaka, Johor Bahru dan Singapura untuk tempoh tiga bulan. Triumph pula akan bekerjasam­a dengan rakan niaga utama dan pusat beli-belah bagi menarik pelanggan untuk melalui pengalaman baru serta meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n memakai coli dengan betul.

Melalui perkhidmat­an ini, Triumph berhasrat menyediaka­n pengalaman kepada wanita agar mereka tahu bagaimana memilih coli yang diinginkan. Bersempena pelancaran bilik persalinan mudah alih ini juga Triumph akan melancarka­n siri koleksi hari Natal yang baru.

 ??  ?? DARI kiri Elizad, Wong, Dynaz, Sazzy dan Deborah ketika melawat bilik persalinan mudah alih yang pertama.
DARI kiri Elizad, Wong, Dynaz, Sazzy dan Deborah ketika melawat bilik persalinan mudah alih yang pertama.
 ??  ?? BILIK persalinan mudah alih yang beroperasi di pusat beli-belah Sunway Piramid.
BILIK persalinan mudah alih yang beroperasi di pusat beli-belah Sunway Piramid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia