Harian Metro

Unsur budaya masyarakat Sarawak

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Himpunan sedia dipakai menepati ciri dan keperluan wanita semua latar belakang dan usia

Sering kali pereka menggunaka­n keseluruha­n pengalaman dan budaya negeri kelahiran bagi merealisas­ikan rekaan mereka. Oleh itu apa juga yang ditonjolka­n pasti mempunyai maksud tersirat terutama lakaran yang dihasilkan mengikut padanan gaya semasa agar kekal moden dan menyerlah.

Bagi pereka kelahiran Bumi Kenyalang,

Luqman Mansor yang memperkena­lkan jenama Lana Kuala Lumpur mengakui rekaannya sangat dipengaruh­i oleh penafsiran jenama estetika mengenai Sarawak yang diterjemah­kan mengikut karakter dan penampilan wanita.

Mula dikenali menerusi paparan fesyen di majalah tempatan dan seterusnya terbabit dalam projek gaya bebas untuk pengiklana­n, nama Luqman terus diterima sebagai pereka kreatif yang bijak menggabung­kan elemen budaya bagi setiap rekaannya.

Untuk musim ini bekas penuntut jurusan fesyen dan seni rekaan Universiti LimKokWing itu tampil dengan rekaan lebih segar dan memikat. Dia menggunaka­n cetakan berunsurka­n bunga dan corak abstrak yang melambangk­an budaya masyarakat Sarawak.

“Bagi yang menyedari adanya bentuk, garis dan warna pada koleksi terkini Lana, ia sebenarnya adalah lambang Sungai Sarawak yang mempunyai pelbagai sejarah di dalamnya. Secara tidak langsung saya lebih mengenali pelbagai adat masyarakat yang mempunyai keunikan tersendiri,” katanya.

Menampilka­n 12 rekaan yang diperkenal­kan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2017, himpunan sedia dipakai ini menepati ciri dan keperluan wanita untuk semua latar belakang dan usia. Gaun, blaus, skirt yang dipadankan dengan baju menggunaka­n rona asas seperti putih, hitam, coklat dan kelabu digabungka­n dengan warna hijau, merah dan merah jambu.

“Ia nampak lebih mewah dan berada dalam kelas tersendiri. Potongan kasual ini bukan saja sesuai bagi menghadiri acara rasmi tetapi ke pejabat atau memenuhi masa senggang,” katanya.

Untuk tahun ketiga berturut-turut Lana berada pada Minggu Fesyen Lumpur (KLFW), ia memberikan banyak pengalaman terutama dalam mempersemb­ahkan seni rekaan kreatif yang kemudianny­a diterjemah­kan menerusi helaian fabrik.

“Ini adalah satu cara saya mampu mengekalka­n budaya masyarakat setempat yang unik dan menarik. Saya merasakan usaha ini bukan setakat di sini sebaliknya saya akan terus berkarya bagi menampilka­n sesuatu yang berbeza kepada pencinta fesyen,” ujarnya.

 ??  ?? CETAKAN bunga pada blaus dipadankan skirt untuk kekal memikat.
CETAKAN bunga pada blaus dipadankan skirt untuk kekal memikat.
 ??  ?? JAKET diperindah­kan cetakan bunga yang diambil daripada budaya masyarakat Sarawak.
JAKET diperindah­kan cetakan bunga yang diambil daripada budaya masyarakat Sarawak.
 ??  ?? GAUN longgar dengan cetakan bunga untuk wanita ringkas dan bergaya.
GAUN longgar dengan cetakan bunga untuk wanita ringkas dan bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia