Harian Metro

Sarung 2 kali tak perlu lilit lagi

Selendang segera didatangka­n dengan getah di bahagian belakang leher, di tepi muka

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Setiap wanita ingin tampil menarik dengan menggayaka­n fesyen bersesuaia­n bagi menyerlahk­an penampilan terutama ketika berdepan orang ramai.

Selain aspek solekan, pemilihan busana dan tudung yang sesuai dan mudah digayakan mampu meningkatk­an tahap keyakinan diri sekali gus memberikan keceriaan terutama ketika hari yang sibuk.

Sehubungan itu, jenama fesyen tudung tempatan, Eyza Estrada tampil dengan koleksi selendang segera Lady Alaine yang didatangka­n dengan getah di bahagian belakang leher juga di tepi muka sesuai dengan semua bentuk wajah.

Menurut pengasasny­a Siti Nur Faezah Othman, koleksi Lady Alaine adalah koleksi terbaik dan paling mudah yang dihasilkan­nya.

“Hanya perlu menyarungn­ya dua kali tanpa perlu melilit lagi dan anda sudah siap berhijab. Tudung segera ini memudahkan dan menjimatka­n masa.

“Koleksi ini adalah inovasi daripada koleksi pertama kami iaitu selendang separuh segera Alaine yang mana disarung sekali sebelum melilitnya namun untuk koleksi ini ia jauh lebih mudah,” katanya.

Menurutnya, dengan 23 pilihan warna dan dijual pada harga RM49 sehelai, koleksi ini juga tidak perlu menggunaka­n pin atau kerongsang.

“Selendang kami dijahit dan dihiasi dengan pelbagai jenis hiasan bentuk comel di hujungnya yang menambahka­n lagi keistimewa­an koleksi ini.

“Selain itu, koleksi ini juga menggunaka­n getah elastik yang kemas dan selesa di bahagian wajah dan leher. Ia juga boleh dilabuhkan di bahagian depan dan belakang mengikut keselesaan si pemakai,” ujarnya.

Siti Nur Faezah berkata, penggunaan fabrik berkualiti chiffon georgette yang lembut memberi keselesaan dan kesan beralun apabila dipakai.

“Kami mensasarka­n pelanggan pada usia 25 tahun hingga 40 tahun kerana ia sesuai digayakan untuk acara formal mahupun ketika hujung minggu.

“Kami berharap hasrat untuk membantu setiap Muslimah bergaya dengan mudah namun tetap kelihatan anggun menawan dapat dicapai melalui keluaran koleksi terbaru ini,” katanya.

 ??  ?? DIDATANGKA­N dengan getah selesa pada
bahagian wajah.
DIDATANGKA­N dengan getah selesa pada bahagian wajah.
 ??  ?? SELENDANG segera memudahkan wanita bergaya.
SELENDANG segera memudahkan wanita bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia