Harian Metro

Himpunan khusus untuk mereka bertudung labuh

-

Wanita sinonim dengan fesyen dan kecantikan. Tidak semestinya mereka yang bertudung labuh tidak boleh bergaya dengan fesyen yang sesuai dan berlandask­an syariat Islam.

Pemilihan fesyen yang tepat bukan saja mampu menyerlahk­an penampilan, malah menambah keyakinan pemakai tidak kira ketika sibuk dengan tuntutan tugas harian atau sekadar ketika bersantai bersama yang tersayang.

Atas faktor itu, jenama fesyen tempatan, Al Hiz

Ain tampil dengan koleksi Khimar Fatimah yang direka khusus untuk wanita bertudung labuh.

Menurut pengasasny­a Ainun Almaziah Ismail, koleksi khimar itu dihasilkan menggunaka­n fabrik bermutu yang memberi keselesaan kepada pemakai.

“Khimar ini mempunyai renda ringkas di sekeliling­nya dan tidak terlalu nipis juga tidak terlalu tebal. Hanya perlu menyarungn­ya dan anda sudah siap bergaya.

“Lebih istimewa apabila khimar ini direka labuh di bahagian depan dan belakang serta sesuai digunakan untuk solat, mengerjaka­n umrah dan haji,” katanya.

Menurutnya, koleksi ini ditawarkan pada harga RM99 sehelai dan mempunyai satu pilihan saiz saja yang sesuai untuk semua wanita.

“Kami menawarkan dua pilihan warna iaitu hitam dan coklat gelap yang bukan saja tampak kemas tetapi selesa dipakai dalam semua keadaan.

“Kami mensasarka­n wanita berusia pada lingkungan 23 hingga 45 tahun dan mengharapk­an si pemakai akan berasa selesa berfesyen mengikut syariah,” ujarnya.

 ??  ?? KOLEKSI
khimar bagi wanita bertudung labuh yang memudahkan untuk bersolat.
KOLEKSI khimar bagi wanita bertudung labuh yang memudahkan untuk bersolat.
 ??  ?? MEMPUNYAI dua pilihan warna menarik.
MEMPUNYAI dua pilihan warna menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia