Harian Metro

JAGA AMANAH ‘CAPTAIN’

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@hmetro.com.my

“Tanggungja­wab kitak (arwah bapa) akan kamek (saya) pegang,” kata Adam Malik Bolhassan,

24, anak lelaki kepada Allahyarha­m Bolhassan

Aini Dhoby, 54, yang meninggal dunia di Hospital Sibu, di sini, awal pagi semalam.

Bolhassan yang juga anak saudara kepada pejuang kemerdekaa­n Sarawak Allahyarha­m Rosli Dhoby itu meninggal dunia jam 4 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Sibu sejak 29 Oktober lalu akibat serang angin ahmar.

Adam dalam catatan laman sosial Facebook berkata, dia yang menggelar arwah bapanya itu sebagai ‘Captain’ akan menjaga amanah memelihara peninggala­n sejarah Rosli yang masih dalam simpanan keluarga mereka.

“Selamat berehat ‘my captain’, Tanggungja­wab kitak akan kamek jaga dan pegang,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mengenai Allahyarha­m Bolhassan, sepanjang hayatnya beliau sering menjadi rujukan untuk mendapatka­n maklumat mengenai Rosli dalam memperjuan­gkan kemerdekaa­n Sarawak.

Allahyarha­m yang bertugas di Jabatan Hutan Sarawak itu memegang amanah keluarga menyimpan barangan yang pernah dimiliki oleh Rosli.

Antara barangan bersejarah yang disimpanny­a ialah warkah terakhir tulisan tangan Rosli kepada orang tuanya sebelum dihukum gantung penjajah British pada 2 Mac 1950 kerana didapati bersalah membunuh Gabenor British Sarawak yang kedua Sir Duncan Stewart.

Barangan lain yang disimpanny­a dengan baik ialah sehelai kemeja dan baju perisai yang dipakai oleh Rosli ketika membunuh Gabenor British itu.

Allahyarha­m disembahya­ngkan di Masjid Annur Sibu selepas solat Jumaat dan disemadika­n di Tanah Perkuburan Sibu pada jam 4 petang, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? BOLHASSAN yang meninggal dunia di Hospital Sibu disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Sibu.
BOLHASSAN yang meninggal dunia di Hospital Sibu disemadika­n di Tanah Perkuburan Islam Sibu.
 ??  ?? BOLHASSAN
BOLHASSAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia