Harian Metro

Serbu enam daerah port dadah

-

mendapati 42 daripada mereka, termasuk tiga wanita positif dadah.

“Rata-rata penagih yang positif dadah ini terdiri daripada mereka yang mengambil dadah jenis metaphitam­ine dan juga ganja.

“Daripada 42 individu yang ditahan, kami mendapati 21 daripada mereka remaja berusia antara 13 sehingga 20 tahun, manakala 21 individu lagi membabitka­n orang dewasa berusia 21 hingga 40 tahun,” katanya ketika sidang media Ops Perdana di Ibu Pejabat AADK Sarawak, di sini, semalam.

Wan Madihi berkata, ketika operasi berlangsun­g, tiada rampasan dadah dibuat dan semua yang ditahan akan mengikuti sesi rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan AADK Batu 6, di sini.

“Penahanan semua penagih dadah itu mengikut Seksyen 3(1)

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998.

“Buat masa ini, Pusat Pemulihan AADK Batu 6 sudah penuh dan kami tidak dapat memasukkan mereka menerima rawatan di pusat itu, tetapi penagih yang dibebaskan akan dipantau pegawai AADK,” katanya.

Katanya, ketika ini pusat pemulihan itu hanya mampu menempatka­n 150 penagih untuk mendapatka­n rawatan dan pihaknya sedang menunggu pusat pemulihan baru dibina di Jalan Puncak Borneo di sini siap sepenuhnya tahun depan.

“Apabila pusat pemulihan baru itu siap dibina, lebih ramai penagih dadah di negeri ini akan dapat dibantu untuk mendapatka­n rawatan serta pemulihan,” katanya.

 ??  ?? AADK Sarawak menahan 42 individu kerana kesalahan dadah melalui Ops Perdana yang dijalankan serentak di seluruh Sarawak.
AADK Sarawak menahan 42 individu kerana kesalahan dadah melalui Ops Perdana yang dijalankan serentak di seluruh Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia