Harian Metro

MATI TERHUMBAN

Lelaki baru habis bersukan maut dirempuh pacuan 4 roda hilang kawalan

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bermain bola sepak meninggal dunia apabila motosikal ditunggang­nya terbabit kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 52, Jalan Kalabakan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang, Asmin Yusri, 24, yang bekerja sebagai pemandu traktor di perumahan pekerja Ladang Melur Beribu, Jalan Lalangut, Kalabakan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanap­un, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 36 tahun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, ketika kejadian, mangsa memandu motosikal Honda Wave dan dalam perjalanan dari Tawau ke Kalabakan.

Beliau berkata, kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser pula dalam perjalanan dari Kalabakan ke Tawau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentang­an.

“Akibatnya, ia merempuh motosikal ditunggang mangsa.

“Motosikal mangsa terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksika­n kejadian segera menghulurk­an bantuan dan menghubung­i pihak berkuasa.

“Bagaimanap­un, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat,” katanya.

Fadil berkata, susulan kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut berhubung punca kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan.
KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan.
 ??  ?? MANGSA maut selepas terhumban dalam longkang.
MANGSA maut selepas terhumban dalam longkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia