Harian Metro

TABIAT POSITIF

- Mohd Latif Ahmad am@hmetro.com.my

DBKU, F&N dengan bantuan pelajar dari 17 sekolah rendah, menengah kumpul 20.29 tan sisa kitar semula

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) mengumpul 20.29 tan sisa kitar semula di seluruh kawasan utara bandar raya ini dari 1 Jun sehingga 30 September lalu.

Sisa kitar semula membabitka­n aluminium, plastik, kertas dan kotak minuman itu berjaya dikutip dengan bantuan pelajar dari 17 sekolah rendah dan menengah yang terletak di bawah kawasan pentadbira­n DBKU.

Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Cariessa Goh berkata, usaha mengumpul sisa kitar semula itu adalah sebahagian inisiatif pihaknya sempena Kempen Kitar Semula F&N dan DBKU.

Menurutnya, hadiah wang tunai yang keseluruha­nnya berjumlah RM20,000 diberikan kepada sekolah yang paling banyak mengumpul sisa kitar semula itu sepanjang kempen berlangsun­g.

“Kempen ini turut disokong Tetra Pak Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang bertujuan menyemaika­n tabiat positif kitar semula dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

“Generasi muda hari ini akan menjadi pelindung alam sekitar untuk hari esok, kempen ini adalah landasan baik kepada mereka untuk menyedari pentingnya amalan kitar semula ini,” katanya ketika Majlis Penyampaia­n Hadiah Kempen Kitar Semula F&N & DBKU, kelmarin.

Dalam majlis itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Chung Hua No 1 diisytihar­kan sebagai juara kategori sekolah rendah, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (A) Tunas juara bagi kategori sekolah menengah.

SK Chung Hua No 1 dan SMK (A) Tunas berjaya mengumpul 1.19 tan sisa kitar semula membabitka­n aluminium, barangan plastik, kertas serta kotak minuman.

Kedua-dua sekolah terbabit masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,400 kerana menjuarai kempen itu, selain RM700 selepas berjaya mengumpul sisa kitar semula terbanyak berbanding sekolah lain.

 ??  ?? PELAJAR SK Chung Hua No 1 dan SMK (A) Tunas muncul pemenang Kempen Kitar Semula F&N dan DBKU.
PELAJAR SK Chung Hua No 1 dan SMK (A) Tunas muncul pemenang Kempen Kitar Semula F&N dan DBKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia