Harian Metro

Dua lelaki ditahan susulan video tular

-

Petra Jaya: Rakaman video yang tular di media sosial mengenai aktiviti penyalahgu­naan dadah di Kampung Sin Sin dekat Sungai Bedil Besar, di sini, membawa kepada penahanan dua lelaki, kelmarin.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengambil tindakan segera melakukan serbuan ke lokasi itu kerana paparan video yang viral itu dipercayai menunjukka­n aktiviti jual beli dadah secara terbuka membabitka­n sekumpulan penagih dadah di kawasan kampung berkenaan.

Difahamkan, Kampung Sin Sin antara lokasi panas yang dikenal pasti menjadi ‘sarang’ aktiviti penagihan dan penjualan dadah di bandar raya ini.

Rekod polis menunjukka­n 23 operasi sudah dilaksanak­an di kampung itu sejak tahun lalu dengan 47 tangkapan dilakukan membabitka­n pelbagai kesalahan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) Sarawak Superinten­dan Sahar Abd Latif berkata, selepas menerima laporan mengenai video yang viral itu, pihaknya melakukan pemeriksaa­n di lokasi terbabit, jam 2.30 petang kelmarin.

“Dua lelaki berusia 34 dan 37 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an di kawasan terbabit, bagaimanap­un tiada dadah ditemui pada kedua-dua suspek.

“Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphet­amine dan kedua-dua suspek sudah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya semalam.

Selain serbuan di kampung itu, Sahar berkata, pasukan sama turut membuat serbuan di kawasan Taman Botanical, di sini, dan menahan seorang lagi lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Pemeriksaa­n badan suspek membolehka­n polis menemui 37 peket plastik lut sinar dalam beg sandang yang mengandung­i 504 pil nospan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki 23 tahun pernah ditangkap atas kesalahan sama sebanyak tiga kali sejak 2015,” katanya.

Katanya, susulan penahanan ketiga-tiga suspek itu, polis akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

 ??  ?? PEKET plastik lutsinar mengandung­i 504 biji pil Nospan yang dirampas daripada seorang lelaki berusia 23 tahun.
PEKET plastik lutsinar mengandung­i 504 biji pil Nospan yang dirampas daripada seorang lelaki berusia 23 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia