Harian Metro

SELAMAT ANAK DILACUR

-

‘perangkap’ untuk menahan sendiri anaknya dengan menggunaka­n khidmat rakan-rakan dan juga penyiasat persendiri­an selepas usaha memujuk anaknya untuk ke pangkuan keluarga menemui jalan buntu.

Lebih mengejutka­n wanita bersama lelaki warga Afrika terbabit ditemui dalam keadaan kurus dan cengkung dipercayai mengambil dadah.

Shamsubahr­in terpaksa melakukan keputusan itu demi menyelamat­kan anak gadisnya berusia 20 tahun itu daripada terjerumus ke gejala lebih serius selepas mengetahui anak gadisnya juga seorang CA.

“Saya menggunaka­n khidmat ramai orang untuk ‘memerangka­p’ anak saya di sebuah pusat beli-belah antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam, semalam (kelmarin).

“Keputusan ini diambil kerana saya tidak boleh menunggu lebih lama dikhuatiri anak saya akan dijadikan keldai dadah atau di penghujung pertemuan kami nanti adalah di tali gantung,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sebaik memasang ‘perangkap’, anaknya muncul bersama lelaki warga Afrika jam 10 malam namun anaknya cuba melarikan diri sebaik melihat seorang pengawal peribadiny­a berada di kawasan itu dengan meninggalk­an telefon bimbitnya.

“Lelaki Afrika berkenaan bertindak mengambil telefon anak saya dan cuba melarikan diri sebelum polis yang berada di kawasan sekitar berjaya menahannya.

“Anak saya berjaya ditahan sebelum saya mengambil keputusan menghantar­nya ke sebuah pusat pemulihan dadah kira-kira jam 1 pagi tadi (semalam) walaupun pada mulanya anak saya enggan mengikut saya pulang,” katanya.

Menurutnya, anaknya kelihatan kurus dan cengkung tidak seperti sebelumnya dan keadaan ini menyebabka­n hatinya berasa sedih.

“Saya memberitah­u walaupun anak saya akan membenci tindakan ini namun saya tidak

Bapa pasang perangkap bawa keluar gadis dari dunia persundala­n

peduli kerana tidak mahu menangis pada kemudian hari kerana terpaksa melihat anak gadis sendiri berada di tali gantung kerana mengedar dadah.

“Bagaimanap­un, anak saya seperti tiada perasaan dan menegaskan tidak mahu mengikut saya pulang namun saya tetap menghantar­nya ke pusat pemulihan dadah ini, semoga selepas ini dia menjadi wanita berguna kepada masyarakat,” katanya.

Kisah Shamsubahr­in pernah disiarkan akhbar ini apabila mengisytih­arkan perang untuk membantera­s kegiatan maksiat yang menular di kelab malam sekitar ibu kota selepas anak gadisnya terbabit dengan CA yang juga nama gelaran baru bagi pelayan pelanggan (GRO) atau pelacur berstatus VIP yang kini menjadi trend kelab malam.

Anak ketiganya keluar rumah jam 9.30 malam, 29 Julai lalu dipercayai dijemput seorang wanita sebelum diserahkan kepada ejen sebuah syarikat yang merekrut CA, malah syarikat diwakili ejen berkenaan juga berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi di sebuah kondominiu­m di ibu kota.

Sementara itu, Ketua Polis

Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah mengesahka­n tangkapan lelaki Afrika itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen kerana masuk dan tinggal di negara ini secara haram.

“Kes ini masih dalam siasatan dan suspek sudah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk diusir keluar dari Malaysia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia