Harian Metro

DUA TIPU TAMBAH NILAI

Dua kakitangan awam tak mengaku curi tambah nilai Touch n’ Go berjumlah RM17,813

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Dua pembantu tadbir Jabatan Audit Negara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam atas 235 pertuduhan kerana kesalahan mencuri tambah nilai Touch n’ Go berjumlah RM17,813 sejak Disember 2016 hingga April lalu.

Tertuduh pertama Farizah Nekmat, 37, berdepan dengan 69 pertuduhan didapati melakukan kesalahan itu pada 5 Disember 2016 hingga 24 April tahun ini di Aras 2, Cawangan Pentadbira­n Sektor Pengurusan JAN, Precint 2, Putrajaya.

Manakala, tertuduh kedua, Normaidzat­ulaqma Iskandar, 36, pula berdepan 166 pertuduhan yang sama dilakukan pada 2 Februari hingga 24 April tahun ini.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada waktu pejabat dan luar waktu pejabat selain pada hari minggu dan cuti umum pada waktu awal pagi hingga lewat tengah malam di pejabat tersebut.

Kedua-dua mereka didapati memasukkan wang diantara RM1 hingga RM100 masing-masing menggunaka­n tujuh keping kad Touch n’

Go menerusi pos terminal tambah nilai.

Berikutan itu, mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula boleh dikenakan penjara dan dikenakan denda atau sebatan.

Bagaimanap­un, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan mohon supaya dibicaraka­n.

Majistret Azizah Ahmad kemudian menetapkan Farizah dikenakan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai menyerahka­n pasport.

Sementara itu, Normaidzat­ulaqma pula dikenakan wang jaminan RM14,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis terdekat pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai termasuk menyerahka­n pasport.

Azizah turut menetapkan kes berkenaan disebut semula pada 5 Disember.

Kes berkenaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan.

Terdahulu, Muhammad Izzat memohon mahkamah mengenakan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh bagi menjamin kehadiran tertuduh di mahkamah.

Sementara itu, tertuduh pertama, Farizah dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan satu jaminan untuk semua pertuduhan kerana mempunyai banyak komitmen untuk menjaga tiga anak termasuk ibu yang tinggal bersama.

 ??  ??
 ??  ?? DUA penjawat awam yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
DUA penjawat awam yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia