Harian Metro

PAKEJ EMPAT TERLARANG

Pusat hiburan lima bintang tawar layanan eksklusif pelacur, judi, arak, dadah

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Kami turut menahan 14 pengunjung beragama Islam yang leka berhibur serta minum minuman keras. Mereka akan dipanggil untuk sesi kaunseling bersama JAWI” Azman Mahmood

Disyaratka­n membayar pakej platinum pada kadar RM3,000 hingga RM100,000 semalaman bagi menikmati layanan eksklusif pelacur asing atau tempatan, berjudi, hidangan arak mahal serta dadah.

Itu antara tarikan ditawarkan sebuah pusat hiburan lima bintang di Jalan Ampang di sini, yang menawarkan Pakej 4 Dalam 1.

Ia mendapat perhatian pelanggan yang mempunyai kemampuan kewangan besar.

Bagaimanap­un, kegiatan pusat hiburan yang baru tiga bulan beroperasi itu dapat dihidu pihak berkuasa yang menjalanka­n Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), Selasa lalu.

Untuk rekod, Ops BAH dijalankan secara bersepadu membabitka­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dua ratus pengunjung diperiksa dan 34 daripadany­a ditahan kerana positif dadah jenis syabu dan ganja.

Ketua Penyelaras Ops BAH Azman Mahmood berkata, operasi bermula jam 11 malam membabitka­n 346 anggota itu diadakan di tiga lokasi iaitu dua pusat hiburan dan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Baiduri, Jinjang.

“Hasil pemeriksaa­n di tiga lokasi ini, 107 positif syabu dan ganja di mana 34 daripadany­a ditahan di pusat hiburan manakala 73 lagi di PPR.

“Kami turut menahan 14 pengunjung beragama Islam yang leka berhibur serta minum minuman keras. Mereka akan dipanggil untuk sesi kaunseling bersama JAWI,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG yang diperiksa dalam serbuan Op Bah di dua pusat hiburan di Jalan Ampang.
PENGUNJUNG yang diperiksa dalam serbuan Op Bah di dua pusat hiburan di Jalan Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia