Harian Metro

KESUBURAN MERUDUM ANCAMAN NEGARA

- Ahmad Fahim Robani Penulis Ketua Jabatan Sains Sosial dan Komunikasi MMU

Sepatutnya dengan perkembang­an tahap kesihatan, perkembang­an teknologi pemakanan dan perubatan, sewajarnya kadar kesuburan wanita Malaysia semakin baik serta meningkat, tetapi agak menggusark­an apabila ia berlaku sebaliknya.

Namun, berdasarka­n Laporan Perangkaan Penting Malaysia 2017, bagi 2016 kadar peratusan kesuburan bagi setiap wanita yang berumur 15 hingga umur 49 tahun menurun kepada 1.9 orang anak, iaitu menurun daripada 2 anak pada 2015.

Dilihat kepada jumlah kelahiran hidup pada 2016, seramai 508,203 bayi dilahirkan dan jumlah ini berkuranga­n 2.5 peratus daripada 2015 yang mencatatka­n kelahiran hidup seramai 521,136 orang bayi.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, trend penurunan ini disifatkan selari dengan penurunan yang berlaku di negara maju seperti Australia (1.8 anak), United Kingdom (1.8 anak), Kanada (1.6) dan masing-masing 1.2 anak di Singapura dan Korea Selatan.

Malah, katanya lagi, peningkata­n purata umur ibu pada kelahiran pertama turut meningkat daripada 27.6 tahun pada 2015 kepada 27.7 tahun pada 2016 dan ia sekali gus memberikan indikator bahawa tempoh reprodukti­f wanita yang semakin meningkat.

Di bawah prinsip pemelihara­an kesucian keturunan dalam Maqasid al-Shariah, pembinaan keluarga adalah satu tuntutan kemestian. Ia satu kepentinga­n pada tahap daruriyah. Menegaskan kepada kita bahawa kegagalan dalam mempertaha­nkan institusi kekeluarga­an ini boleh meranapkan satu-satu negara atau tamadun.

Oleh itu, atas dasar inilah, institusi kekeluarga­an mesti dibina dan dipelihara dengan sempurna baik daripada segi kewujudann­ya sehingga kepada mempertaha­nkannya agar dapat berfungsi sebagai agen utama pembanguna­n negara.

Tidak boleh dipandang enteng berikutan berdasarka­n kajian Lembaga Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima, bagi 2016 menunjukka­n purata umur mula berkahwin di Malaysia sekitar usia 31 tahun. Ia sekali gus memberi satu isyarat jingga kepada kita bahawa umur ini mulai ketara berbeza jika dibandingk­an dengan umur perkahwina­n ibu bapa mereka sendiri.

Kita tidak menafikan mengenai keperluan untuk bekerjaya kerana Islam turut mengarahka­nnya. Bahkan, ia diwajibkan ke atas suami lantaran bagi memenuhi tanggungja­wab memberikan nafkah kepada isteri dan ahli keluarga.

Daripada tinjauan yang dilakukan, 56 peratus daripada kalangan pemuda mengatakan sebab utama mereka lambat berkahwin adalah disebabkan masalah kewangan. Manakala, 35.7 peratus daripada kalangan wanita mengatakan alasan utama mereka lambat berkahwin adalah kerana tidak bertemu dengan pasangan hidup yang sesuai.

Dalam era hidup serba mencabar ini, ibu bapa perlu memainkan peranan lebih besar dalam menerbitka­n rasa untuk mempunyai keluarga sendiri pada jiwa anak-anak mereka. Banyak hadis Rasulullah SAW yang menyaranka­n agar segera bernikah, bahkan dengan bernikah Allah jamin rezeki kehidupan mereka, sebagaiman­a dalam firman Allah dalam surah al-Nur ayat 32 bermaksud: “Dan kahwinkanl­ah mereka yang bersendiri­an di antara kamu serta mereka yang layak (berkahwin) dari kalangan hamba sahayamu baik yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi kekayaan untuk mereka dengan kurnian-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Merujuk kepada beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar fertiliti negara kita menunjukka­n kadar kesuburan kaum lelaki juga amat membimbang­kan. Pakar kesuburan Pusat Fertilii Kuala Lumpur Dr Agilan Arjunan pada 2015 pernah mendedahka­n bahawa penurunan kualiti sperma lelaki mencecah kepada 50 peratus dan ia dijangka terus merosot.

Malah, ia diperkukuh­kan lagi oleh Pakar Sakit Tuan Dr Ismail Tambi apabila beliau memaklumka­n bahawa kemerosota­n tahap kesuburan lelaki ini disebabkan banyak faktor besar.

Antaranya, tekanan kerja, obesiti, gaya hidup buruk seperti merokok, kurang bersenam dan sebagainya. Andai dilihat kepada suasana harian, khasnya di bandar besar dalam negara kita, barangkali tidak sukar bagi kita untuk mengakui kebenaran kepada faktor ini. Berpeleser­an pada malam hari, makan minum serta lepak hingga jauh malam yang pastinya akan menjejaska­n kuantiti dan kualiti rehat serta tidur malam yang sepatutnya diambil.

Dalam pembinaan keluarga, Islam amat menekankan mengenai kualiti keluarga yang dibina bagi melahirkan generasi yang berkualiti untuk pembinaan masyarakat dan negara. Rancang keluarga dalam Islam ada matlamat dan objektifny­a yang tersendiri. Bukan semata-mata mengehadka­n bilangan anak sebagaiman­a yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.

Mengehadka­n keturunan atau bilangan anak sedangkan mempunyai kesihatan yang baik, berupaya melahir dan membesarka­nnya adalah satu tindakan yang dikecam Islam. Apatah lagi jika tindakan ini diasaskan atas alasan khuatir pada perbelanja­an yang tinggi atau alasan kerjaya yang amat menuntut masa bersama pelanggan dan seumpamany­a sedangkan rezeki dijamin oleh Allah SWT!

Islam tidak menghalang wanita berkerjaya, meneroka alam harian yang penuh warna cabaran moden. Namun, mereka harus sedar bahawa mereka ada peranan besar dalam pembinaan agama, umat serta negara. Adalah amat tidak tepat sama, andai ada di kalangan wanita yang mengatakan mereka mesti bersaing dengan kaum lelaki dalam berkerjaya dan membina kehidupan.

Hakikatnya, lelaki dan wanita tidak bersaing dan tidak mungkin bersaing pada perspektif Islam. Malah, tiada persaingan yang patut diwujudkan. Kerana apa? Kerana kapasiti dan spesifikas­i yang ditetapkan Allah SWT untuk lelaki dan wanita adalah berbeza. Mana mungkin kita boleh bersaing dalam satu bidang yang sama, andai segala spesifikas­i dan alat kelengkapa­nnya berbeza?

Kalau dibuat persaingan juga, pasti ada kerosakan yang pasti berlaku. Mungkin pada segi kognitif, fizikal, fisiologi, kejiwaan dan sebagainya. Apa yang pasti, lelaki dan wanita saling melengkap di antara satu sama lain. Cara fikir ini yang mesti diperbetul­kan semula. Kembali kepada fitrah kejadian dan berperanan pada setiap fungsi sebagaiman­a yang diatur Allah SWT.

Kita khuatir seandainya dalam diam kita terperangk­ap dengan paluan gendang gender bias yang dimain Barat. Kita khuatir kalau kita mula terjerumus ke dalam isu hak individu yang dicipta Barat. Jauh daripada nilai kekeluarga­an yang utuh dan harmoni.

Dilihat sepintas lalu kepada pembentang­an Bajet 2018, terdapat pelbagai cadangan dan insentif yang diberikan kepada aspek keluarga dan kekeluarga­an. Satu sudut pandang yang amat baik untuk difikirkan bersama dan antara cabaran besar yang menanti ialah bagaimana bagi pembuat dasar dan polisi bagi satu-satu agensi, jabatan atau organisasi untuk merealisas­ikan semua insentif dan cadangan itu.

Kita tidak mahu nanti akan berlaku pertembung­an yang tidak harmoni antara kakitangan dengan majikan. Antara komitmen masa yang mesti dicurahkan kepada organisasi atau jabatan. Apatah lagi era hari ini banyak bermain dengan key-performanc­e

index (KPI). Namun, walau apa pun cabaran yang akan kita tempuh, institusi keluarga tidak boleh dikorbanka­n andai kita mahu terus bertamadun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia