Harian Metro

Simpan RM50 boleh menang RM10,000

-

Nibong Tebal: Seramai 300 murid tahun satu membabitka­n 26 sekolah rendah di Parlimen Nibong Tebal bukan saja menerima manfaat sumbangan simpanan keseluruha­n RM100, malah berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

Pengurus Besar Kanan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Azhar Ahmad berkata, kerajaan menyediaka­n pemberian Insentif Khas Geran Sepadan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i/SSPN-i Plus.

Beliau berkata, semua murid berkenaan bukan saja menerima RM50 daripada Timbalan Pengerusi

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Datuk Dr Shaik Hussein Mydin, malah menerima tambahan simpanan secara percuma daripada kerajaan melalui PTPTN sebanyak RM50, sekali gus menjadikan simpanan keseluruha­n bernilai

RM100.

“PTPTN menganjurk­an Cabutan Bulanan melalui Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN dan bagi ibu bapa yang mempunyai anak tahun satu pada tahun ini yang membuka akaun atau membuat tambahan simpanan sama ada dalam akaun SSPN-i/SSPN-i Plus sebanyak RM50 berpeluang memenangi RM10,000 setiap bulan bermula Julai hingga Disember ini.

“Manakala, saguhati juga diberikan kepada 100 pendeposit sebanyak RM100 pada setiap bulan, sekali gus ibu bapa berkenaan harus merebut peluang dengan hadiah yang cukup menarik disediakan PTPTN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaia­n Sumbangan kepada murid tahun satu 2017 Parlimen Nibong Tebal yang disempurna­kan oleh Shaik Hussein di Dewan Serbaguna Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejurutera­an, di sini, semalam.

Azhar berkata, langkah menabung ini bukan saja bagi tujuan simpanan pendidikan namun masa depan anak-anak juga akan terjamin kerana memperoleh perlindung­an takaful yang amat murah dan komprehens­if.

“Selain itu, ibu bapa yang membuat penabungan akan diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun, sekali gus membuktika­n skim simpanan itu amat istimewa apabila jika dikira memberi pulangan sehingga 28 peratus kepada pendeposit.

“Simpanan SSPN-i/SSPN-i Plus ini boleh dilakukan seawal usia anak satu hari dan menjamin simpanan yang mencukupi untuk anak-anak kita ke menara gading kelak.

“Bak pepatah sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 26 sekolah secara rasmi dilantik sebagai SAHABAT PTPTN dan mendapat Insentif Khas SAHABAT di bawah Insentif Bajet 2017.

Sekolah berkenaan diberi insentif khas RM20 untuk setiap pembukaan akaun atau penambahan deposit SSPN bagi murid tahun satu di sekolah masing-masing.

Sementara itu, Siti Aishah Abd Rahim, 41, yang tinggal di Sungai Acheh, dekat sini berkata, sebelum ini abang dan kakak kepada anak bongsunya, Muhamad Airil Naim Norizan, 7, sudah membuka akaun SSPN-i sejak mereka berusia lima tahun selain sudah mempunyai akaun SSPN-i Plus.

“Sebelum ini saya agak sibuk dengan urusan harian dan berasa bersyukur pada hari ini (semalam) saya berpeluang membuka akaun untuk Muhamad Airil Naim bagi akaun SSPN-i atas nama saya sebagai pendeposit, manakala SSPN-i Plus atas nama suami sebagai pendeposit, Norizan Jamaludin, 45.

“Saya menyaranka­n agar semua ibu bapa wajib membuka akaun simpanan SSPN-i atau SSPN-i Plus buat anak mereka kerana banyak manfaat akan diperoleh anak dan ibu bapa,” katanya.

Simpanan SSPN-i/SSPN-i Plus ini boleh dilakukan seawal usia anak satu hari bagi menjamin simpanan mencukupi untuk ke menara gading”

Azhar

 ?? FOTO: RAMDZAN MASIAM ?? DR Shaik Hussein (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada pelajar tahun satu Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna USM Kampus Kejurutera­an, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
FOTO: RAMDZAN MASIAM DR Shaik Hussein (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada pelajar tahun satu Parlimen Nibong Tebal di Dewan Serbaguna USM Kampus Kejurutera­an, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia