Harian Metro

RM80,000 lebur labur emas

-

hasil simpananny­a yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Shah Alam, Selangor.

Menceritak­an nasib malang yang menimpa, lelaki itu memberitah­u mengambil keputusan untuk terbabit dalam pelaburan emas selepas rakan memperkena­lkannya kepada skim itu awal tahun lalu.

“Wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak digunakan selepas bersara 10 tahun lalu kerana mahu melabur bagi menambah lagi hasilnya.

“Jika diikutkan saya sebenarnya tidaklah arif mengenai pelaburan emas, namun tertarik dengan hasil keuntungan­nya yang mencecah sekali ganda dalam tempoh beberapa bulan selepas melabur,” katanya, di sini.

Adam berkata, dia bersama rakannya mengikuti seminar pelaburan emas di sebuah hotel di ibu negara dan diyakinkan yang pelaburan itu bakal memberi keuntungan.

“Saya ditunjukka­n kekayaan dan kejayaan beberapa pelabur dari negara ini yang meraih pendapatan jutaan ringgit hasil daripada pelaburan itu.

“Keuntungan yang cepat dan banyak menyebabka­n saya terus bersetuju untuk melabur semua wang simpanan RM80,000,” katanya.

Namun, berita gembira yang diharapkan berakhir dengan kekecewaan apabila selepas tempoh 10 bulan dia masih tidak menerima hasil keuntungan daripada pelaburan itu.

“Ejen yang menguruska­n pelaburan itu sering mengelak daripada memberikan status pelaburan dan sering meminta supaya menunggu kerana kononnya jumlah keuntungan belum dikemas kini lagi.

“Kemuncakny­a adalah apabila ejen berkenaan gagal dihubungi manakala syarikat pelaburan emas itu di Ampang, Selangor, ditutup menyebabka­n saya sedar sudah menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Menurut Adam, dia bersama lebih 100 mangsa membuat laporan polis berkaitan perkara itu namun sehingga kini tiada sebarang perkembang­an mengenainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia