Harian Metro

GILAP BAKAT BARU EJEN ALI

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

87 dengan latar belakang pembanguna­n perisian

tonjol kreativiti di SEA Game Jam 2017

Selepas kejayaan permainan mudah alih Ejen Ali dalam edisi pertama ‘permainan prototaip’ tahun lalu, Media Prima Labs meneruskan misi mencari bakat dan idea menarik dalam platform permainan mudah alih.

Menerusi SEA Game Jam 2017, seramai 87 peserta berlatar belakangka­n pembanguna­n perisian berkumpul untuk mempersemb­ahkan idea serta cadangan mereka.

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Media Prima Labs dan Operasi Nicholas Sagau Tony Ngimat berkata, semua peserta ini membawa permainan gred A mereka untuk membangunk­an prototaip baru.

“Selama 36 jam, peserta bekerjasam­a bagi memastikan prototaip mereka memenuhi kriteria diberikan termasukla­h kandungan, reka bentuk dan ciri lain.

“Objektif utama SEA Game Jam 2017 ialah membangunk­an prototaip game terbaik yang mampu dikomersia­lkan kepada permainan bertaraf tinggi dalam industri permainan mudah alih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.

Nicholas Sagau berkata, semua peserta akan diberikan kumpulan dan setiap pasukan juara akan memperoleh hadiah wang tunai RM8,000, tempat kedua (RM5,000) dan RM3,000 tempat ketiga.

“Selain hadiah wang tunai, pasukan teratas akan berpeluang dipilih Media Prima Labs menerima dana tambahan sehingga RM50,000 untuk menambah baik demonstras­i permainan,” katanya.

Naib Presiden Kandungan Kreatif dan Teknologi, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) Hasnul Hadi Samsudin berkata, segmen sukan elektronik (eSport) ini sudah menjadi semakin dominan.

“Secara amnya, kita sudah mencatatka­n kejayaan membanggak­an apabila rakyat Malaysia mampu menghasilk­an permainan video berkelas dunia seperti siri permainan Final Fantasy.

“Inisiatif Media Prima Labs ini wajar dicontohi kerana memberi galakan dan ruang kepada pembangun perisian rakyat tempatan untuk menzahirka­n kreativiti mereka,” katanya.

 ??  ?? PESERTA SEA Game Jam 2017 memerah otak mencari idea.
PESERTA SEA Game Jam 2017 memerah otak mencari idea.
 ??  ?? HASNUL (empat dari kiri) dan Nicholas Sagau (dua dari kiri) bersama peserta di SEA Game Jam 2017.
HASNUL (empat dari kiri) dan Nicholas Sagau (dua dari kiri) bersama peserta di SEA Game Jam 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia