Harian Metro

Budak 18 bulan mangsa jiran kejam

-

New Delhi: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki merogol anak jirannya berusia 18 bulan di depan dua anaknya sendiri sebelum meninggalk­an mangsa di luar rumahnya dalam keadaan berlumuran darah.

Dalam kejadian di New Delhi itu, mangsa dilaporkan pergi ke rumah suspek untuk bermain dengan dua anaknya yang berusia dua dan empat tahun pada Rabu lalu sebelum dirogol suspek. Malah ketika kejadian isteri suspek juga berada di rumah tetapi melakukan kerja di halaman.

Ibu mangsa menemuinya di luar rumahnya dalam kesakitan dan berlumuran darah, manakala suspek berusia 33 tahun itu ditahan sehari kemudian.

Tertuduh kini berdepan hukuman penjara seumur hidup mengikut Undang-undang Perlindung­an Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual.

Sementara itu, Ketua Suruhanjay­a Wanita Delhi, Swati Maliwal berkata, kanak-kanak itu dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

“Kasihan sungguh mangsa, tidak mampu bercakap dan hanya terbaring. Saya tidak dapat menggambar­kan penyeksaan dilaluinya.

“Bagaimana untuk menjelaska­n semua ini kepadanya?” katanya di Twitter.

Kejadian itu susulan laporan seorang remaja berusia 19 tahun dirogol empat lelaki sebelum dirompak, namun laporan polisnya tidak diendahkan sehingga dia sendiri menangkap dua suspek dengan bantuan ibu bapanya yang juga anggota polis.

Seorang pegawai kanan polis di Bohpal kini digantung tugas kerana enggan menerima laporan polisnya. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia