Harian Metro

‘Jangan perlekeh kelab tercorot’

-

London: Mauricio Pochettino berkata anak buahnya sama sekali tidak akan memandang rendah kunjungan pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace di Wembley, hari ini.

Tottenham berada di tahap terbaik sejak menewaskan penyandang juara Liga Juara-Juara Real Madrid 3-1 baru-baru ini.

Atmosfera perlawanan juga mungkin sedikit hambar sekiranya Palace - pasukan yang masih belum menjaringk­an gol dalam lima perlawanan liga di tempat lawan - tidak dikalahkan dan Pochettino memberi amaran kepada pemain supaya tidak leka.

“Kami harus fokus. Kami perlu menggunaka­n keputusan nanti untuk melonjakka­n kedudukan dan membina lebih keyakinan,” kata pengurus Tottenham itu. “Namun kami memahami yang kami perlu berusaha gigih untuk mendapatka­n keputusan yang baik, Ahad ini.

“Ia sentiasa akan menjadi sukar apabila harus bermain pada Rabu sehingga Ahad. Ia satu usaha yang besar. Kami harus bersedia bagi menghadapi perlawanan yang sengit. Crystal Palace adalah sebuah pasukan yang sangat bagus. Mereka bergelut pada awal musim.

“Mereka menukar pengurus, tapi kami sangat mengenali Roy Hodsgson. Kami mempunyai hubungan yang baik dari pasukan kebangsaan lagi. Mereka sentiasa tersusun. Ia pastinya menuntut banyak tenaga.

“Adalah benar cabaran utama ketika ini adalah untuk fokus. Ia juga adalah satu peluang besar untuk melupakan perlawanan dengan Real Madrid.”

Kekalahan 1-0 Spurs di tangan Manchester United minggu lalu meninggalk­an mereka kini tercicir lapan mata untuk berada di tangga ketiga di belakang pendahulu Manchester City dan Pochettino sedar akan kerugian itu.

“Crystal Palace adalah satu lagi final buat kami,” katanya. “Selepas tewas di tangan Man United, adalah penting untuk kami meraih kemenangan semula dalam kancah Liga Perdana.

“Semua perlawanan adalah penting dan sengit. Kamu tidak boleh berasa selesa apabila kamu bersaing dalam perlawanan ini.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia