Harian Metro

Cinta kuah kacang ‘bulgogi’

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Memiliki minat mendalam terhadap seni kulinari membawa Yu Hyun

Woo atau Saad Yusuf ke Malaysia dalam usaha memperkena­lkan budaya makanan serta sajian istimewa asli halal Korea Selatan.

Mengagumi cita rasa unik masyarakat tempatan terhadap makanan, lelaki berusia 26 tahun ini mengakui Malaysia dan tanah airnya memiliki beberapa persamaan dalam penyediaan makanan.

Lebih menarik, Saad turut memiliki kebolehan mencipta sajian baru yang menggabung­kan seni masakan Malaysia bersama Korea Selatan, iaitu kuah kacang bersama ‘bulgogi’ (daging panggang) ketika menyertai satu program masakan di negaranya.

1. Kali pertama anda berkunjung ke Malaysia dan tujuannya?

Saya datang ke Malaysia buat kali pertama tujuh tahun lalu bersama abang untuk bercuti selama dua minggu.

Dalam tempoh itu, saya berpeluang mengunjung­i banyak destinasi menarik di Malaysia seperti

Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Kuala Rompin dan Taman Negara.

Kemudian, saya kembali ke sini pada 2014 apabila merancang untuk membuka cawangan restoran keluarga, Eid di Malaysia.

Restoran ini yang memperkena­lkan sajian asli halal dari Korea Selatan memulakan operasi setahun lalu.

Apabila isteri melahirkan anak pertama baru-baru ini, kami pulang sementara ke Korea Selatan dan kini, kembali semula ke Malaysia.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum ke sini?

Malaysia memiliki bakat hebat dalam sukan badminton, Datuk Lee Chong Wei. Saya juga pernah mendengar kenyataan seorang cef popular yang memiliki lebih 600 restoran francais di seluruh dunia mengatakan Malaysia mempunyai cita rasa makanan yang sangat enak.

Sebagai individu yang menghargai dan minat dalam industri makanan, pastinya saya perlu mencuba sajian Malaysia.

Selain itu, rakyat Malaysia antara pelanggan utama di restoran halal kami di Seoul malah kami pernah memiliki pekerja sambilan yang juga pelajar pertukaran dari Malaysia. Jadi, Malaysia bukan sesuatu yang baru bagi saya.

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Sebenarnya saya tidak pernah mengalami masalah di sini.

Perbezaan bahasa dan gaya pertuturan membuatkan saya sering tersalah erti mengenai perkara ingin disampaika­n orang tempatan.

4. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Masyarakat di sini lebih terbuka untuk bergaul meskipun berbeza jarak usia dan masih mengekalka­n rasa hormat. Ini satu perkara saya sukai mengenai Malaysia yang membuatkan saya lebih senang bergaul dengan mereka.

Saya juga berbangga apabila restoran yang saya sekeluarga usahakan mula mendapat perhatian pelanggan tempatan, khususnya orang Melayu yang menggemari sajian asli Korea.

Nama restoran ini (Restoran Eid) bersempena perayaan Aidilfitri yang pernah saya saksikan di Seoul sebaik memeluk agama Islam empat tahun lalu.

Simbolik dengan sambutan perayaan yang meriah dan meraikan tetamu turut dijadikan konsep layanan kami kepada pelanggan.

Mengenai penghijrah­an kepada Islam, sebenarnya saya tertarik dengan konsep sedekah dalam Islam.

Ia bukan sahaja mengenai wang sebaliknya apa juga usaha yang dilakukan merangkumi konsep sedekah.

5. Destinasi pilihan anda?

Pulau Langkawi antara destinasi kegemaran saya. Sudah empat kali saya berkunjung ke sana bersama keluarga.

Menariknya, Pulau Langkawi mempunyai variasi tempat pelanconga­n yang boleh dilawati pada waktu yang sama.

Hyun Woo akui Malaysia dan Korea Selatan memiliki persamaan dalam penyediaan makanan

6. Sajian tempatan kegemaran anda?

Sambal sotong dan sambal tempoyak.

7. Malaysia di mata anda?

Malaysia antara negara yang terbaik untuk memulakan kehidupan berkeluarg­a mahupun perniagaan.

 ?? FOTO ?? MAKANAN Malaysia mempunyai persamaan dengan sajian Korea.
PROFIL
NAMA: Saad Yusuf LAHIR: 12 Jun 1991 ASAL: Seoul, Korea Selatan
KERJAYA: Pemilik Restoran Eid STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Bangi, Selangor
FOTO MAKANAN Malaysia mempunyai persamaan dengan sajian Korea. PROFIL NAMA: Saad Yusuf LAHIR: 12 Jun 1991 ASAL: Seoul, Korea Selatan KERJAYA: Pemilik Restoran Eid STATUS: Berkahwin KEDIAMAN: Bangi, Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia