Harian Metro

Pilihan tunggangan premium

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

BMW perkenal model baru untuk segmen motosikal tempatan

Segmen berprestas­i tinggi, sporty dan jentera penggembar­aan ditawarkan untuk model terbaru jenama motosikal premium BMW yang dilancarka­n baru-baru ini oleh BMW Motorrad Malaysia.

Model BMW HP4 Race dan BMW G 310 GS serba baru serta BMW S 1000 XR versi peningkata­n diperkenal­kan bagi memberi lebih pilihan mengikut kesesuaian tujuan dan bajet pembeli.

Untuk jentera BMW HP4 Race hanya dikeluarka­n sebanyak 750 unit di seluruh dunia menawarkan jentera perlumbaan sebenar dengan enjin spesifikas­i 6.2 dan 7.2 sama seperti digunakan untuk kejohanan Endurance dan Superbike Dunia.

Dilengkapi suspensi dan kerangka gentian karbon dengan berat keseluruha­n 171 kilogram (kg) serta fork terbalik FGR 300 dan topang gegelung TTX 36 GO daripada Ohlins.

Enjin 1,000cc sama seperti model BMW S 1000 RR, namun ditala untuk kuasa maksimum 215hp pada 13,900rpm dan tork 120Nm pada 10,000rpm dengan kotak gear enam kelajuan nisbah pendek.

Model ini juga didatangka­n dengan pakej sistem bantuan penunggang kawalan elektronik dan sistem elektrik ringan untuk keperluan perlumbaan serta papan pemuka 2D dengan data yang boleh dikongsi.

Paling menarik ialah model BMW G 310 GS bagi sebuah jentera dualpurpos­e di bawah 500cc sesuai untuk kegunaan bandar dan laluan off-road sederhana sesuai untuk tunggangan harian.

Enjin 313cc silinder tunggal sistem penyejukan cecair menawarkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan daya tork 28Nm pada 7,500rpm dengan berat keseluruha­n 169kg.

Rekaan asas inspirasi daripada model R 1200 GS dan F 800 GS, ia didatangka­n dalam tiga warna iaitu Hitam Cosmic, Merah Racing dan Putih Pearl adalah model pertama untuk GS di bawah 500cc untuk pasaran dunia.

Sejak pengenalan BMW S 1000 XR pada 2015 ia menawarkan jentera sport touring lasak dikenali sebagai Adventure Sport dengan enjin bersesaran 999cc dengan kuasa yang dipertingk­atkan.

Ia dijana 165hp pada 11,000rpm berbanding 160hp sebelum ini serta getaran besi pemegang dikurangka­n serta penambahan 10kg pada berat bagi kestabilan dan kemantapan kawalan pada pelbagai kelajuan.

Harga jualan asas bermula daripada RM520,900 untuk BMW HP4 Race, RM29,900 (BMW G 310 GS) dan RM105,900 (BMW S 1000 XR) termasuk dua tahun waranti tanpa had perbatuan.

 ??  ?? BMW HP4 Race untuk kegunaan litar.
KERANGKA gentian karbon HP4 Race.
PAPAN pemuka 2D
BMW HP4 Race untuk kegunaan litar. KERANGKA gentian karbon HP4 Race. PAPAN pemuka 2D
 ??  ?? BMW G 310 GS pada harga RM30,000. BMW S 1000 XR sebuah model Adventure Sport.
BMW G 310 GS pada harga RM30,000. BMW S 1000 XR sebuah model Adventure Sport.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia