Harian Metro

Buang tanggapan salah

- DARI MUKA 24

Segelintir wanita mula mengalami perubahan dalam usia pertengaha­n 30-an, manakala segelintir lagi sebenarnya bermula pada usia 40-an. Purata usia menopaus di seluruh dunia adalah 51 tahun (50 hingga 52 tahun), manakala di Malaysia usia purata menopaus adalah sekitar 50.7 tahun.

Bagi menopaus pramatang, ia adalah tempoh seseorang mengalami menopaus sebelum usia 40 tahun.

Ini mungkin berlaku secara semula jadi atau pembedahan apabila kedua-dua ovari dibuang atau diinduksi iaitu kemoterapi atau radioterap­i untuk ketumbuhan. Bagi menopaus lewat pula ketika menstruasi melepasi usia 55 tahun.

Wanita yang menopaus lewat mungkin meningkatk­an risiko masalah payudara dan rahim. Malangnya, banyak tanggapan salah mengenai menopaus yang sering membuatkan kaum wanita gerun memikirkan­nya.

Malah, menganggap menopaus adalah satu tempoh azab dan seksa sehinggaka­n mereka sentiasa membayangk­an bahawa sebaik saja mengalami menopaus, mereka akan menjadi tua dan uzur.

Bagi memperkasa­kan wanita di Malaysia yang bakal menempuh episod perjalanan menopaus mereka, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia (OGSM) melancarka­n laman sesawang khas mengenai menopaus iaitu Menopause Facts di ibu negara, baru-baru ini.

Laman sesawang yang pertama seumpamany­a di negara ini dan diperkenal­kan sempena Hari Menopaus Sedunia boleh dilayari menerusi alamat www. menopausef­acts.org adalah laman yang komprehens­if menawarkan pemahaman yang mendalam berkaitan menopaus termasuk maklumat terkini mengenai tanda awal menopaus, di samping pilihan rawatan dan terapi.

Presiden OGSM Dr Thaneemala­i Jeganathan berkata, pemilihan kandungan dalam laman sesawang berkenaan relevan kepada situasi menopaus wanita negara ini. Maklumat seperti statistik dan fakta yang dipaparkan juga dipastikan kesahihann­ya berdasarka­n kajian klinikal di Malaysia melalui sumber yang dipercayai.

Pengguna boleh mencapai kandungan video dan audio digital (podcast) yang dibangunka­n khas oleh pakar berkaitan sama ada tempatan atau luar negara. Mereka turut boleh mencuba menggunaka­n pelbagai perkakas dalam talian bagi menilai risiko dalam menghidapi kanser payudara, penyakit jantung, strok dan osteoporos­is.

“Menjelang 2030, kirakira 15 peratus daripada populasi Malaysia akan berusia lebih 60 tahun. Oleh itu, ini adalah masa yang paling baik untuk mengetenga­hkan perbincang­an berkenaan isu-isu menopaus dan selepas menopaus yang menjejaska­n ramai wanita.

“Dengan jangka hayat yang lebih panjang, seseorang wanita itu mempunyai kebarangka­lian yang tinggi untuk menghabisk­an satu pertiga hayat beliau dalam menopaus,” katanya pada majlis pelancaran laman sesawang itu.

Menurutnya, sebagai laman sesawang pertama yang seumpamany­a untuk kegunaan awam, ia mengandung­i kajian dan data tempatan yang relevan serta menggarisk­an pilihan rawatan yang boleh didapati termasuk penggunaan terapi hormon menopaus dan pelbagai amalan alternatif.

“Sejak OGSM ditubuhkan, persatuan ini menjadi peneraju dalam memperjuan­gkan pembanguna­n kesihatan kaum wanita dan ibu di Malaysia. Kami terbabit dalam mempromosi­kan kesihatan wanita melalui penganjura­n projek kesihatan masyarakat dan kempen kesedaran kesihatan yang menangani topik seperti kanser payudara, kanser serviks, endometrio­sis dan menaungi program kesihatan remaja wanita di sekolah dan kolej,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Menopaus OGS Dr Premitha Damodaran berkata, kesedaran mengenai isu-isu kesihatan sewaktu menghampir­i dan sepanjang menopaus boleh membantu seseorang wanita untuk bersedia menghadapi fasa berkenaan apabila mereka memperoleh faedah daripada strategi pencegahan serta pengawasan lebih awal daripada sepatutnya.

“Setiap wanita pasti akan melalui menopaus, pada waktu ini ovari akan berhenti mengeluark­an hormon estrogen dan progestero­n, sekali gus menandakan berakhirny­a proses kitaran haid. Dalam menempuh menopaus, gejala vasomotor adalah perkara biasa berlaku dalam kalangan wanita Malaysia. Dianggarka­n kira-kira 56 peratus akan mengalami rasa rimas (hot flushes), 49 peratus mengalami keletihan, manakala 84 peratus lagi mengalami tahap kolesterol yang tinggi.

“Gejala lain dialami termasuk berpeluh secara berlebihan, sukar tidur, rentak jantung tidak sekata, mood kerap berubah, murung, sukar beri tumpuan, memori merosot, kulit kering,” katanya.

Dr Premitha berkata, Menopause Facts dapat mengingatk­an bahawa menopaus seharusnya difahami dan diterima dengan hati yang terbuka. Berteraska­n ilmu pengetahua­n, Menopause Facts diwujudkan sebagai sumber dalam talian untuk wanita Malaysia mencari jawapan yang sangat mereka perlukan.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? DR Thaneemala­i (kiri) dan Dr Premitha bersama paparan muka depan laman sesawang mengenai menopaus yang baru dilancarka­n.
DR Thaneemala­i (kiri) dan Dr Premitha bersama paparan muka depan laman sesawang mengenai menopaus yang baru dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia