Harian Metro

Lantik kontraktor baru bagi projek tebatan banjir

-

Petra Jaya: Kerajaan negeri akan melantik kontraktor baru bagi melaksanak­an projek tebatan banjir di Bandaraya Kuching dalam masa terdekat selepas kontraktor sebelum ini gagal memenuhi spesifikas­i ditetapkan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeria­nnya kini dalam proses mengenal pasti kontraktor berkelayak­an bagi memastikan masalah sama tidak berulang.

“Kontraktor yang bakal dilantik ini diyakini mampu melaksanak­an projek tebatan banjir berskala besar bagi mengatasi masalah itu untuk jangka panjang.

“Masalah kontraktor sebelum ini hanya membabitka­n soal teknikal namun ia sudah diselesaik­an minggu lalu.

“Projek tebatan banjir bernilai RM1.2 juta ini adalah permintaan kerajaan negeri untuk meningkatk­an sistem saliran di Bandaraya Kuching yang sering dilanda banjir kilat,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak projek naik taraf sistem saliran di Kampung Bintawa Hulu di sini, semalam.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan lebih signifikan bagi mengatasi masalah banjir kilat.

“Sistem perparitan di Bandaraya Kuching di bawah tanggungja­wab Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), ia perlu dinaik taraf untuk memastikan kelancaran air terutamany­a ketika hujan lebat.

“PBT perlu mengambil langkah segera mengatasi masalah ini kerana ada di antara sistem perparitan di Bandaraya Kuching sudah berusia dan perlu diganti,” katanya.

Projek tebatan banjir bernilai RM1.2 juta ini adalah permintaan kerajaan negeri untuk meningkatk­an sistem saliran di Bandaraya Kuching”

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

 ??  ?? WAN Junaidi (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil JKKK Kampung Bintawa Tengah, ketika hadir di Majlis Naik Taraf Projek Sistem Saliran di Pekarangan bawah jambatan Tun Salahuddin, Kampung Bintawa.
WAN Junaidi (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada wakil JKKK Kampung Bintawa Tengah, ketika hadir di Majlis Naik Taraf Projek Sistem Saliran di Pekarangan bawah jambatan Tun Salahuddin, Kampung Bintawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia