Harian Metro

Terlupa ibu dah ‘pergi’

 Calon SPM istighfar tenangkan hati jawab peperiksaa­n selepas hadapi dugaan perit

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

“Pagi tadi (semalam), saya mahu bersalaman dengan ibu namun terlupa yang dia ‘pergi’ buat selama-selamanya.

“Rutin harian ibu menyediaka­n sarapan setiap pagi untuk saya sebelum ke sekolah. Namun baru sehari ketiadaann­ya saya sudah rindu,” kata pelajar, Muhammad Noh Zakaria, 17.

Kelmarin, ibu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, Maziah Alias, 50, meninggal dunia akibat sakit jantung dan berita duka itu hanya diketahui Muhammad Noh selepas selesai menduduki peperiksaa­n itu jam 4.30 petang kelmarin.

Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah berkenaan selepas keletihan dan tidak bermaya, jam 12 tengah hari.

Muhammad Noh berkata, walaupun perit menerima berita pemergian arwah ibunya, dia perlu membiasaka­n dirinya.

“Selepas selesai pengebumia­n, saya hampir berputus asa dan sukar menerima hakikat apatah lagi saya tahu dia memang tiada penyakit sebelum ini.

“Namun keluarga, rakan dan guru memberi semangat selain memegang amanat arwah yang sentiasa berpesan supaya menjadi insan berjaya,” katanya ketika ditemui di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman (SAMNI), Kampung Bukit Cerakah, Meru di sini, semalam.

Dia yang selesai menduduki kertas Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab berkata, dia beristighf­ar dan berdoa kepada Allah SWT supaya menenangka­n hatinya.

“Alhamdulil­lah, saya dapat menjawab peperiksaa­n sebaik mungkin,” katanya.

Menurutnya, dia kini cuba menyesuaik­an diri dan belajar menerima hakikat ibunya sudah tiada.

Sementara itu, Pengetua SAMNI, Mohd Norhisam Ahmad berkata, dia hanya menerima berita kematian ibu kepada anak muridnya itu, jam 2 petang kelmarin.

“Memang sukar untuk memberitah­unya namun kami putuskan untuk memaklumka­n berita sedih itu selepas Muhammad Noh selesai menjawab peperiksaa­n Kertas Bahasa Melayu Dua,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Noh ketika ditemui selepas menjawab peperiksaa­n Kertas Bahasa Arab Satu di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Bukit Cerakah, semalam.
MUHAMMAD Noh ketika ditemui selepas menjawab peperiksaa­n Kertas Bahasa Arab Satu di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Bukit Cerakah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia