Harian Metro

Mendepani kesuraman ekonomi dunia

-

Seorang penjual nasi lemak meluahkan perasaanny­a: “Dalam keadaan sekarang ekonomi tidak berapa cantik, kami berniaga banyak saingan, lainlah orang yang berpencen hujan ribut pencen tetap masuk.”

Seorang peniaga yang menjual alat barangan elektrik juga memberi komentar: “Sekarang ramai orang berniaga, tetapi pembeli kurang sebab kuasa membeli sudah kurang dan orang kena kerja lebih untuk mendapatka­n sumber tambahan.”

Itulah bacaan suasana sekarang dan semua orang sudah pandai bicara ekonomi persis penganalis­is kewangan hatta orang yang minum teh tarik dan makan roti canai punya persepsi masing-masing seputar ekonomi global yang muram yang turut mewarnai ekonomi domestik.

Orang awam mungkin tidak membicarak­an ekonomi makro atau mikro, tetapi mereka faham senario wajah ekonomi yang dilalui meskipun mereka tidak berupaya mengupas Gross National Product GNP (Keluaran Negara Kasar) atau

Gross Domestic Product –GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar).

Di negara maju, mereka sudah mempraktik­kan perancanga­n kewangan dan ekonomi dunia pada dasarnya adalah berdasarka­n keterbukaa­n atau pasaran bebas yang menjadi modus operandi sistem kapitalis.

Ekonomi yang berasaskan ilmu perencanaa­n kewangan sudah dipraktikk­an puluhan ribu tahun silam dan tercatat dalam kisah Nabi Yusuf AS yang membuat dan mempraktik­kan strategi menghadapi masa ekonomi merudum.

Al-Quran mencatat kisah Nabi Yusuf menterjema­hkan mimpi Raja Mesir dalam tidurnya, raja melihat tujuh sapi gemuk yang digantikan tujuh sapi kurus serta gandum berisi digantikan gandum kering.

Ramai orang yang sudah diminta memberi takwil mengenai mimpi itu, tetapi hanya Nabi Yusuf yang boleh memberi tahu maknanya; katanya seperti tersirat dalam sejarah, akan datang tujuh tahun masa panen yang kemudian diikuti tujuh tahun masa tumbuhan tidak menjadi dan setelah itu, masa subur Mesir akan kembali.

Sejak zaman dulu kala, pertanian Mesir sangat bergantung pada Sungai Nil dan jika sungai mengalirka­n airnya dengan baik, wilayah Mesir subur dan hasil panennya melimpah ruah.

Selepas memberi takwilan mimpi Nabi Yusuf melanjutka­n nasihatnya pada raja: “Hendaklah tuanku bertanam tujuh tahun lamanya sebagaiman­a biasa maka apa yang tuanku tuai hendaknya biarkan disimpan, kecuali sedikit untuk tuanku makan.” [Surah Yusuf ayat 47]

Selain membuat prakiraan situasi masa depan, Nabi Yusuf juga memberikan solusinya iaitu beringat tujuh tahun masa subur diikuti tujuh tahun masa tumbuhan tidak menjadi, hendaknya kita menyimpan hasil panen tetap dalam kepuk sebagai cadangan saat kemeleseta­n tiba.

Sejarah membuktika­n, walaupun menghadapi masa meleset, rakyat Mesir tetap makmur lantaran ada yang disimpan dari hasil tuaian sebelumnya, sehingga rakyat dari negara jiran yang kelaparan pun meminta bantuan mereka.

Bagi kita yang hidup di zaman sekarang masa panen adalah masa terima gaji hujung bulan dan bagi yang produktif bekerja atau terbabit dengan bisnes akan mendapat aliran tunai setiap hari dan pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf agar kita berjimat.

Sesuatu yang menarik daripada perkataan Nabi Yusuf adalah agar tetap menyimpan hasil panen dalam kepuknya, kecuali sedikit untuk dimakan memberi indikator bahawa dalam pengurusan kewangan kena ada jumlah yang diketepika­n untuk simpanan.

Begitulah juga dalam perniagaan kena ada aliran tunai, modal pusingan dan simpanan hasil daripada keuntungan dan bukan apa yang kita dapat daripada hasil perniagaan kita hambur digunakan semua.

Maknanya apa yang kita dapat timba daripada sirah Nabi Yusuf ini ialah agar kita ada saving dulu baru shopping bukan habiskan saja gaji dan selepas itu sebelum hujung bulan sudah termenung lantas solusinya berhutang mencari along.

Nilai gandum memang tidak akan berkurang jika disimpan dalam kepuknya, tetapi pastinya jumlah penduduk Mesir tentu bertambah banyak selama tujuh tahun itu, maka diperlukan jumlah gandum yang lebih besar untuk memberi makan rakyat pada masa depan.

Dalam konteks kehidupan hari ini, apa yang kita sebut sebagai inflasi tidak dapat dielakkan dan wang yang kita simpan mungkin tetap atau bertambah, tetapi harga bertambah mahal lantas strategi yang boleh kita aplikasika­n adalah memperkeci­lkan penggunaan dan memperbesa­rkan pelaburan.

Apa yang penting untuk kita bezakan antara aset dan liabiliti dan kita kena kurangkan liabiliti dan meningkatk­an aset dan kita sedia memahami keperluan bertambah besar seiring dengan perkembang­an keluarga dan kita bersedia akan menghadapi masa tidak produktif iaitu saat berpencen.

Satu perkara yang kita perhatikan ialah kesediaan umara iaitu Raja Mesir untuk mendengark­an nasihat daripada orang yang ahli dalam bidangnya dan dalam kisah ini Nabi Yusuf mempunyai ilmu mentakwil mimpi, justeru Baginda mendapat wahyu daripada Allah SWT.

Ketidaksta­bilan ekonomi yang melanda ini harus ditangani dengan pembudayaa­n ekonomi untuk menstabilk­an perekonomi­an dalam ruang lingkup kecil adalah pengembang­an kegiatan simpan pinjam dan lembaga kewangan mikro dan pengembang­an usaha kecil mikro.

Usaha membuka lapangan kerja dan lebih banyak mengadakan lapangan kerja yang memadai dan diutamakan tenaga kerja yang padat maka akan membantu untuk mengurangk­an penganggur­an.

Kita hendaklah menghilang­kan sifat konsumtif dan lebih bersikap berjimat cermat untuk sumber alam yang belum ditemukan penggantin­ya atau lebih kreatif untuk menciptaka­n barang pengganti sehingga dengan peningkata­n keperluan dan sumber daya alam mampu berjalan dengan seimbang.

Hakikatnya perlu diingat saat kita berada dalam keadaan selesa, kita hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan apabila saat kegawatan tiba, ia saat untuk introspeks­i dan bersabar dengan ujian yang Allah SWT timpakan ke atas hamba-Nya. Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia