Harian Metro

DiAnggap band Indonesia

-

Neon tiada masalah dengan persepsi pendengar, gembira apabila kian dapat perhatian

penulis lirik lagu ini, baru mereka percaya.

“Kami tidak ada masalah dengan persepsi sedemikian. Malah, kami bangga disamakan dengan band dari sana. Apatah lagi, kebanyakan band mereka bagus.

“Cuma, apa yang penting sekarang peminat sudah tahu dan kenal kami siapa. Sebenarnya kalau perasan, lagu dan muzik yang kami bawakan jauh berbeza dengan band dari sana,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik oleh KR itu, Ezwan berkata, mereka kini mampu tersenyum lebar apabila ia kian mendapat perhatian.

Meski dalam masa sama mereka perlu bersaing dengan kehadiran penyanyi solo baru, Neon yakin dan optimis lagu itu boleh pergi jauh.

“Diakui trend muzik tempatan sekarang beralih ke tahun 90-an. Malah kemunculan ramai penyanyi solo baru sedikit sebanyak membuatkan peminat tertumpu kepada mereka.

“Pada masa sama, banyak band muzik juga memberikan saingan.

Dari situ, kami percaya band masih ada pengikut tersendiri. Ia bergantung kepada lagu yang dibawakan.

“Kami mengetenga­hkan muzik modern rock, jadi ia sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada kami. Kalau boleh, kami mahu tampil sebagai band yang versatil dan boleh bawa apa sahaja jenis lagu,” katanya.

SASAR LAGU TEMA

Dalam perkembang­an lain, Ezwan berkata, pihak syarikat rakaman mereka sedang berusaha untuk menjadikan lagu Cinta Yang Telah Mati sebagai lagu tema drama.

“Apabila Cinta Yang Telah Mati dipilih jadi lagu tema drama, ia akan membantu mempromosi­kan karya ini. Insya-Allah, perkara ini sedang dibincangk­an syarikat rakaman dan pihak penerbit.

“Sambil mempromosi­kan lagu ini, kami juga dalam proses mencari material baru untuk single kedua. Insya-Allah, lagu kedua ini mungkin menggunaka­n khidmat anggota band sendiri. Naim dan Freddie boleh mencipta lagu,” katanya.

Berkongsi mengenai sejarah penubuhan Neon, Ezwan berkata, segalanya bermula apabila mereka menjuarai pertanding­an Battle Of The Band tahun lepas.

Malah, mereka yang masing-masing mempunyai kerja tetap di belakang tabir industri hiburan tempatan bersedia untuk berdepan dengan rencah dan asam garam sebagai anak seni.

“Kami memahami lumrah dunia artis yang tidak boleh lari daripada terpalit kontrovers­i, jadi kami sudah bersedia sejak awal lagi.

“Jika sekadar mahu popular, ini bukan masanya. Lebih baik kami berjuang mempertaru­hkan ideologi muzik sejak dahulu lagi. Tidak salah rasanya untuk sama-sama memeriahka­n industri muzik tempatan. Paling penting kami mahu menikmati keseronoka­n bereksperi­men dengan muzik, itu saja,” katanya.

 ?? FOTO: ?? Kami bangga disamakan dengan band dari sana. Apatah lagi, kebanyakan band mereka bagus
FOTO: Kami bangga disamakan dengan band dari sana. Apatah lagi, kebanyakan band mereka bagus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia