Harian Metro

174 kes buang bayi

- Idris Musa idris@hmetro.com.m

 Selangor catat jumlah tertinggi sebanyak 16 kes bagi tempoh sehingga Jun lalu

Dewan Rakyat semalam diberitahu berdasarka­n rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), 115 kes pembuangan bayi dilaporkan tahun lalu dan 59 kes sehingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, tahun lalu Selangor mencatatka­n bilangan kes tertinggi dengan 23 kes diikuti Johor (19 kes) dan Kuala Lumpur (16 kes).

Menurutnya, bagi tempoh sehingga Jun tahun ini, Selangor masih mencatatka­n jumlah tertinggi dengan 16 kes diikuti Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing tujuh kes.

“Tiada kes dilaporkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak bagi Januari hingga Jun tahun ini,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang ingin tahu statistik terkini kes pembuangan bayi dan langkah kementeria­n dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reprodukti­f, kesan negatif kehamilan serta kelahiran anak luar nikah.

Azizah berkata, kementeria­n melalui Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) melaksanak­an pelbagai pelan jangka pendek dan panjang bagi meningkatk­an daya tindak dan tahan institusi keluarga khususnya remaja dan ibu bapa.

Malah, katanya, melalui Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) pelbagai inisiatif dan program dilaksanak­an agensi di bawah kementeria­n seperti penubuhan Pusat Remaja kafe@TEEN.

“Di bawah program PEKERTI, LPPKN mewujudkan konsep Pusat Remaja kafe@TEEN bertujuan meningkatk­an akses kepada maklumat serta kesihatan reprodukti­f dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 24 tahun.

“Sejak penubuhann­ya pada 2016 sehingga Jun 2017, program outreach kafe@TEEN di sekolah dan komuniti setempat mendekati 632,512 remaja.

“Seramai 434,540 remaja mengambil bahagian dalam program pendidikan dan pembanguna­n kemahiran, 29,563 mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan reprodukti­f manakala 9,097 mendapatka­n perkhidmat­an kaunseling sosial,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH
AZIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia