Harian Metro

Deruan air jam 3 pagi

 45 penduduk Taman Manimaran terjejas dilanda banjir kilat

- Faliq Lajim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

“Melihat air mulai naik ke paras lutut, saya segera mengejutka­n isteri supaya membantu menyelamat­kan barangan ke kawasan lebih tinggi,” kata Nurul Mukbin Sazlan, 46.

Dia antara 45 penduduk Taman Manimaran, Padang Jawa di sini, yang terjejas apabila kediaman mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan, semalam.

Nurul Mukbin yang juga kakitangan kerajaan berkata, hujan lebat melanda kawasan itu ketika penduduk sedang nyenyak tidur sejak jam 3 pagi.

“Selang sejam kemudian, air sudah menenggela­mi sebahagian rumah saya.

“Ini banjir yang paling teruk berikutan banjir sebelum ini tidak melebihi paras buku lali,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, dia terpaksa memohon cuti kecemasan berikutan tidak boleh keluar dari rumahnya.

“Mujur saya sudah meletakkan kereta di kawasan lebih tinggi. Jika tidak, mungkin kereta saya turut ditenggela­mi air,” katanya.

Seorang lagi penduduk, M Vedavali, 58, berkata, banjir sememangny­a kerap berlaku di kawasan itu yang agak rendah.

“Namun keadaan semalam didapati lebih teruk dan banjir merosakkan semua perabot saya,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, beberapa kawasan di daerah ini dan Klang dinaiki air antara 0.1 hingga satu meter, semalam.

“Lokasi yang ditenggela­mi banjir antaranya di Bandar Bukit Raja, Taman Rasah, Taman Klang Utama dan Kampung Sungai Pinang.

“Di Shah Alam pula, kawasan dinaiki air iaitu di Taman Bukit Kemuning dan Kampung Bukit Naga, Seksyen 32. Ada beberapa rumah dimasuki air tetapi tidak serius dan tiada pemindahan,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK di luar kawasan rumah yang ditenggela­mi air
banjir di Taman Manimaran.
PENDUDUK di luar kawasan rumah yang ditenggela­mi air banjir di Taman Manimaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia