Harian Metro

Penganjur perjelas isu penangguha­n perlumbaan TOM 2017

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penganjur perlumbaan Tour of Malaysia (TOM) 2017, Peloton Resources menjelaska­n cuaca antara faktor penangguha­n perlumbaan berstatus 2.2 yang dijadualka­n bermula semalam.

Syarikat itu menerusi satu kenyataan memaklumka­n sebanyak tujuh daripada 10 lokasi terbabit dengan perlumbaan lima peringkat itu dijangka dilanda cuaca buruk dan memberi impak kepada pelaksanaa­nnya.

Menurut kenyataan itu, beberapa kawasan diramal mengalami hujan dan ribut petir seperti Taiping, Lumut, Teluk Intan dan Kuantan.

“Berdasarka­n maklumat dari pejabat daerah, kawasan yang dilalui terutamany­a di Pantai Timur membabitka­n 40 peratus laluan keseluruha­n kejohanan adalah kawasan rendah yang sering ditenggela­mi air. Secara teknikal, penganjur bersiap sedia dengan jalan alternatif dengan kebarangka­lian berlakunya banjir atau air pasang.

“Bagaimanap­un, sedikit sebanyak ini akan menjejaska­n kelancaran kejohanan,” menurut kenyataan itu.

Peloton Resources Sabtu lalu memaklumka­n penangguha­n perlumbaan itu hingga mencetus kebimbanga­n kepada PKBM membabitka­n imej Malaysia di mata UCI susulan ia dilakukan pada saat akhir.

Berdasarka­n maklumat dari pejabat daerah, kawasan yang dilalui terutamany­a di Pantai Timur membabitka­n 40 peratus laluan keseluruha­n kejohanan adalah kawasan rendah yang sering ditenggela­mi air. Secara teknikal, penganjur bersiap sedia dengan jalan alternatif dengan kebarangka­lian berlakunya banjir atau air pasang”

Penganjur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia