Harian Metro

Terapung di sungai

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

 Mayat lelaki hilang ketika memukat ikan ditemui

FAKTA

Mangsa dilaporkan hilang sejak 4 November lalu selepas keluar

memukat ikan

Tanda tanya kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan keluar memukat ikan di sungai akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui lemas dan terapung di Sungai Padas berhampira­n Kampung Mamaitom, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, Sumail Atum, 40, ditemui di tebing sungai oleh sekumpulan penduduk kampung yang juga pasukan bomba sukarela 1.5 kilometer dari lokasinya dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom Zainal Sinsian berkata, mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa pada 4 November lalu.

“Mangsa dilaporkan hilang sejak 4 November lalu selepas keluar memukat ikan di sungai berkenaan seorang diri.

“Susulan kehilangan mangsa, pasukan bomba dan agensi berkaitan kemudian menjalanka­n operasi SAR untuk mencari lelaki itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zainal berkata, mayat mangsa ditemui Pasukan Bomba Sukarela Kampung Momaintom, jam 2 petang di Sungai Padas.

“Operasi ditamatkan pada jam 3.40 petang, semalam (kelmarin),” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat di Sungai Padas berhampira­n Kampung Mamaitom, Tenom.
MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat di Sungai Padas berhampira­n Kampung Mamaitom, Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia