Harian Metro

Dugaan berganda

- Azahar Hashim am@hmetro.com.my

 Keluarga miskin pilu barangan rosak dilanda banjir

Malang berganda. Itu nasib menimpa satu keluarga apabila sudahlah dihimpit kemiskinan, barangan di dalam rumah pula rosak selepas kediaman disewa mereka di Kampung Permatang Durian, Padang Serai, dilanda banjir.

Siti Hashimah Hashim, 42, juga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik, di sini, selepas rumahnya ditenggela­mi banjir, Ahad lalu.

Bagaimanap­un, kerana tiada pengalaman menghadapi banjir menyebabka­n barangan di dalam rumahnya itu tidak sempat diselamatk­an.

Siti Hashimah berkata, sebaik pulang ke rumah, kelmarin selepas air surut, dia buntu apabila perabot dan peralatan dapur rosak manakala tilam dan tikar dipenuhi lumpur.

“Saya kemudian mendapat maklumat daripada rakan ada pihak yang ingin menghulurk­an bantuan sebelum memberitah­unya saya amat memerlukan­nya.

“Pihak terbabit kemudian datang menghulurk­an sumbangan namun tidak sangka ia menjadi tular di media sosial apabila mereka mengambil gambar memohon bantuan untuk kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Menurutnya, sebaik kisahnya itu tular, ada pihak yang sudi menghulurk­an bantuan dan berterima kasih kepada mereka yang membantu. “Namun saya berharap orang ramai atau netizen tidak berpandang­an negatif mengenai kisah kami ini kononnya ingin meraih simpati.

“Kami sekeluarga bukan orang senang, namun itu bukan bererti kami hanya mengharap bantuan daripada orang ramai saja,” katanya yang menerima bantuan zakat secara tahunan.

Kata Siti Hashimah, suaminya, Azrul Amry Wan Chik, 39, baru bekerja sebagai pengawal keselamata­n di sebuah sekolah dan dengan pendapatan bulanannya itu digunakan untuk perbelanja­an dapur dan persekolah­an empat daripada lima anak mereka.

Anak sulungnya, Abul Qasim Al Hakimi, 12, Asysyiffa, 11, Afina Safiyah, 9, dan Asnah Hasya, 7, manakala yang bongsu, Muhammad Fadhilah berusia dua tahun.

“Anak yang bongsu seorang orang kurang upaya (OKU) cacat kaki sebelah kanan serta mengalami masalah paru-paru pramatang,” katanya.

 ??  ?? SITI Hashimah bersama suami, Azrul Amry dan anak bongsu, Muhammad Fadhilah ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Permatang Durian, Padang Serai, semalam.
SITI Hashimah bersama suami, Azrul Amry dan anak bongsu, Muhammad Fadhilah ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Permatang Durian, Padang Serai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia