Harian Metro

Yayasan Eco World agih bantuan

-

Georgetown: Eco World Developmen­t Group Berhad melalui Yayasan Eco World turun padang membantu mangsa banjir yang terjejas di beberapa lokasi di Pulau Pinang.

Pengerusi Yayasan Eco World Tan Sri Lee Lam Thye yang mengetuai pasukan 40 sukarelawa­n membabitka­n kakitangan Eco World melawat dua kawasan dilanda banjir iaitu Pulau Aman di Seberang Perai Selatan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di Seberang Perai Utara dan mereka mengedarka­n barangan makanan dan keperluan asas seperti selimut serta lampin kepada mangsa.

“Ini adalah masa mencabar bagi Pulau Pinang dan Yayasan Eco World gembira kerana dapat memberi bantuan kepada mereka yang terjejas banjir.

“Sebagai warga korporat yang bertanggun­gjawab dan terbabit dengan pembanguna­n di Pulau Pinang, kami memenuhi tanggungja­wab sosial korporat kami dengan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Ketika melawat perkampung­an nelayan di Pulau Aman, Lee berkata, Eco World berjanji untuk membantu penduduk kampung membaiki rumah mereka yang musnah akibat dilanda ribut dan banjir.

“Pihak pemaju kini sedang menilai keadaan di Pulau Aman dan akan melakukan usaha terbaik untuk membantu mangsa.

“Apa pun yang boleh kita lakukan, kami berusaha sebaik mungkin untuk membantu mangsa supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Lee berkata, pihaknya turut menyampaik­an barangan makanan asas dan keperluan harian ketika melawat mangsa banjir di SK Bertam Indah.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian bantuan diberikan untuk membantu menaikkan semangat mangsa banjir yang terpaksa meninggalk­an rumah mereka.

“Selain dua kawasan itu, Pasukan Eco World memberikan bantuan kepada kawasan lain termasuk menghantar tangki air untuk membantu membersihk­an kawasan terjejas di Paya Terubong dan melawat rumah orang tua Gan En Zhi Jia,” katanya.

Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjanji memberikan perkhidmat­an terbaik bagi membantu mangsa banjir membabitka­n tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, sehingga kini 101 pusat pemindahan dibuka dan seramai 10 kakitangan termasuk pegawai JKM ditempatka­n di setiap satu pusat pemindahan.

“Tidak cukup dengan itu, sukarelawa­n dan kaunselor turut dilibatkan kerana sebahagian daripada mangsa adalah kanak-kanak. Perkhidmat­an seperti pengisian program diadakan supaya golongan ini dapat meneruskan pembelajar­an, sekali gus memahami situasi dan mengatasi trauma akibat kejadian ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Simposium PKM 2017 di Institut Sosial Malaysia (ISM), di sini, semalam.

Beliau berkata, JKM sentiasa bersiap sedia menghadapi isu bencana banjir termasuk permasalah­an lain, sekali gus menghulurk­an bantuan kepada komuniti tidak kira apapun latar belakang keturunan, bangsa dan agama mereka.

“Dalam menghadapi sangat begini, JKM mengharapk­an mangsa bersabar. Dengan jumlah mereka yang ramai, JKM amat memerlukan kerjasama daripada mangsa untuk memastikan tugas kami berjalan lancar,” katanya.

Mengenai simposium itu, Azizah berkata, sebanyak 67 program pencegahan dan pemulihan pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) dilaksanak­an sebagai satu instrumen memberi penjelasan dan pemahaman kepada pihak yang terbabit secara langsung mengikut Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.

Konsep PKM dilaksanak­an melalui tiga elemen iaitu hukuman, pemulihan dan penginsafa­n bagi memastikan pesalah muda tidak lagi mengulangi kesilapan lampau dan kembali ke pangkuan komuniti, sekali gus dapat menjalani kehidupan normal.

“Selain memberi peluang membina semula kehidupan pesalah lapan segmen aktiviti dilaksana setakat ini mencakupi pelbagai sektor,” katanya.

 ??  ?? LEE (tengah) meninjau dua kawasan dilanda banjir di Pulau Aman dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah.
LEE (tengah) meninjau dua kawasan dilanda banjir di Pulau Aman dan Sekolah Kebangsaan Bertam Indah.
 ??  ?? AZIZAH (dua dari kiri) melancarka­n buku Modul PKM Pesalah Dewasa di Institut Sosial Malaysia.
AZIZAH (dua dari kiri) melancarka­n buku Modul PKM Pesalah Dewasa di Institut Sosial Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia