Harian Metro

Singgah 3 negara

 Tiga suspek lesap ke Indonesia, UAE, Russia sebelum pulang ke Pyongyang

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Tiga suspek lelaki warga Korea Utara yang masih bebas dalam kes bunuh Kim Chol atau didakwa Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu dikatakan keluar dari Malaysia dan singgah di tiga negara iaitu Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Russia sebelum pulang ke Pyongyang.

Hong Song Sac atau nama samarannya Mr Chang, 34, Ri Ji Hyon atau Mr Y, 33, dan Ri Jae Nam, 57 atau Hanamori mengambil penerbanga­n Lion Air ke Jakarta, Indonesia sebelum ke Dubai, UAE dengan penerbanga­n Emirates.

Ketiga-tiga mereka dikatakan mengambil penerbanga­n dari Dubai ke Vladivosto­k, Russia sebelum pulang ke negara mereka.

Seorang lagi suspek, iaitu O Jong Gil atau nama samarannya James dikatakan mengambil penerbanga­n ke Kemboja sebelum berpatah balik ke Bangkok, Thailand sebelum meneruskan perjalanan ke Korea Utara.

Semua negara yang disinggah ketiga-tiga suspek yang masih bebas (kecuali James) mempunyai hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Perkara itu dicadangka­n peguam Gooi Soon Seng yang mewakili tertuduh pertama, Siti Aisyah kepada saksi kesembilan pendakwaan, Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/ KLIA, Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz.

Wan Azirul Nizam bagaimanap­un menjawab, “Saya tidak pasti, Yang Arif”, kepada cadangan itu.

Dalam keterangan saksi pada prosiding perbicaraa­n sebelum ini, mahkamah dimaklumka­n dua lelaki yang membantu empat suspek masih bebas iaitu Mr Chang, Mr Y, Hanamori dan James keluar dari negara ini pada hari sama selepas insiden Kim Chol diserang di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

Berhubung keterangan­nya itu, Gooi mencadangk­an kepada Wan Azirul Nizam, dua lelaki itu pekerja syarikat penerbanga­n Air Koryo, Kim Uk-il dan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang Song.

Saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam kedua-duanya bersembuny­i dalam bangunan Kedutaan Korea Utara selepas polis mengeluark­an waran tangkap terhadap mereka.

Selain itu, Wan Azirul Nizam bersetuju waran tangkap tidak diserahkan kepada mereka (Uk-Il dan Kwang Song) berikutan mereka bersembuny­i dalam bangunan kedutaan itu.

Dalam perkembang­an sama, Gooi mencadangk­an kedua-dua individu itu menjadi pertukaran dengan sembilan rakyat negara ini yang ditahan di Kedutaan Malaysia di Korea Utara. Cadangan peguam itu dijawab saksi dengan jawapan, “tidak setuju.”

Saksi itu tidak pasti sama ada kedua-dua lelaki itu dibenarkan pulang ke Korea Utara selepas polis mengambil keterangan mereka.

Beliau memberitah­u mahkamah ada mengambil keterangan daripada Uk-il di Kedutaan Korea Utara pada jam 12.15 tengah hari, pada 26 Mac lalu.

Pada 1 Mac lalu di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, Siti Aisyah dan Doan yang didakwa bersama empat lagi masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, jam 9 pagi, pada 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Datuk Hakim Azmi Ariffin bersambung hari ini.

 ??  ?? DOAN dibawa keluar dari mahkamah selepas perbicaraa­n, semalam.
DOAN dibawa keluar dari mahkamah selepas perbicaraa­n, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia