Harian Metro

Sate 50 sen

-

Meskipun majoriti peniaga makanan menaikkan harga produk masing-masing berikutan kelembapan ekonomi dunia sekarang, peniaga sate Mohd Khaliph Agus Abdullah, 49, masih mengekalka­n harga sate jualannya pada 50 sen secucuk.

Pemilik Gerai Sate 50 sen di Balai Panjang, Malim berkata, dia sudah mengusahak­an perniagaan terbabit selama enam tahun dan ketika mula berniaga, setiap cucuk sate dijual pada harga 40 sen.

Menurutnya, dia tidak memperoleh keuntungan tinggi berikutan menjual sate pada harga semurah itu, namun dia tidak kisah sebaliknya menganggap apa dilakukan adalah satu bentuk kebajikan dengan niat mahu bersedekah.

“Apa yang amat saya harapkan pelanggan mendoakan kami sekeluarga. Nak dikirakan untung memang tidak banyak, namun saya percaya jika kerap buat kebajikan,

 Peniaga kekalkan harga untuk bersedekah

Allah akan murahkan rezeki dan orang sentiasa ingat jasa itu.

“Saya faham situasi pelanggan terutama mereka yang pikul tanggungja­wab sebagai ketua keluarga. Dalam keadaan ekonomi sekarang, kena bijak berbelanja. Tapi kadang-kadang anak mahu makan sate, disebabkan harga makanan ini mahal, ramai yang berkira.

“Namun kalau jual pada harga berpatutan dengan saiz hidangan besar, pasti ramai datang untuk beli. Bukan saja dapat rezeki halal, malah saya menceriaka­n banyak keluarga setiap hari yang gembira berkongsi juadah ini,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, jumlah pelanggan singgah ke gerainya meningkat setiap kali musim cuti persekolah­an, malah ada pelancong mengikuti rombongan bercuti di negeri ini singgah ke gerainya semata-mata untuk membungkus sate dijual.

“Saya pelbagaika­n pilihan seperti sate ayam, daging dan kambing dijual pada harga 50 sen hingga 80 sen secucuk. Kalau permintaan meningkat, saya minta bantuan lima anak untuk mencucuk dan memerap sate,” katanya.

 ??  ?? MOHD Khaliph menunjukka­n saiz sate ayam yang dijual 50 sen secucuk.
MOHD Khaliph menunjukka­n saiz sate ayam yang dijual 50 sen secucuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia