Harian Metro

Ibu tunggal cekal jaga empat anak OKU

-

Johor Bahru: “Alhamdulil­lah, Allah memberi saya kekuatan luar biasa untuk membesarka­n empat anak orang kurang upaya (OKU) berusia antara 10 hingga 27 tahun,” kata Norizan Hassan, 42.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sentiasa reda dengan ujian dilaluinya dan bersyukur kerana anak sulungnya Normariah Anuar Zakaria, 28, dilahirkan normal dan banyak membantuny­a selama ini.

Menurutnya, cabaran paling utama berdepan kerenah anak kedua Mohd Khairun, 27, yang cepat naik angin dan mudah mengamuk berbanding tiga adiknya yang lain iaitu Norshahira, 22, Siti Nuraisyah, 18, dan Zulaika Zalia, 10.

“Keadaan fizikal mereka normal, namun perkembang­an minda keempat-empat beradik itu mempunyai masalah, malah doktor mengesahka­n mereka seperti kanak-kanak berusia empat hingga lima tahun.

“Selain itu, tiga daripada mereka disahkan mengalami masalah pembelajar­an, manakala Norshahira disahkan mengalami cerebral palsy (CP). Mereka dilahirkan sempurna fizikal, namun kecacatan mereka hanya dapat dikesan seawal usia lapan bulan apabila kelakuan berbeza berbanding bayi lain.

“Perkembang­an minda mereka terbantut hingga terpaksa bergantung kepada bantuan saya untuk mengurus diri daripada usia kecil hingga kini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Stulang, di sini, semalam.

Menurutnya, tiga anaknya masih bersekolah di Sekolah Spastik Johor Bahru.

Katanya, sebelum ini suaminya menjadi sumber kekuatan bagi membesarka­n anaknya, selain memberikan sokongan moral dan sumber ekonomi keluarga, tetapi lelaki berkenaan meninggal dunia pada 27 September lalu akibat masalah paru-paru.

Menurutnya, buat masa ini keluargany­a bergantung kepada bantuan bulanan RM800 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia tidak cukup untuk menampung perbelanja­an harian.

“Anak sulung saya juga bergelar ibu tunggal selepas berpisah dengan suaminya dan dia tinggal di rumah berasingan di Johor Bahru,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurka­n sumbangan kepada keluarga Norizan menerusi akaun Maybank Berhad 151017-533414 atau menghubung­inya di talian 010-8210529.

 ??  ?? NORIZAN bersama empat anak OKU di rumah mereka di PPR Stulang, Johor Bahru.
NORIZAN bersama empat anak OKU di rumah mereka di PPR Stulang, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia