Harian Metro

Landasan tepat capai RM500 juta

-

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N), syarikat perniagaan minuman terkemuka negara berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan eksport RM500 juta dari Malaysia menjelang 2020 apabila mencatatka­n jualan eksport sebanyak RM300 juta bagi tahun kewanganny­a yang berakhir 30 September 2017 (FY 17).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Lim Yew Hoe berkata, perniagaan eksport dari Malaysia mencatatka­n peningkata­n pertumbuha­n 26 peratus bagi produk tenusunya pada FY 17 dan turut merekodkan pertumbuha­n dua angka yang kukuh setiap tahun sejak melaksanak­an program transforma­si perniagaan Kumpulan.

“Kami memberi fokus kepada eksport di pasaran berkeuntun­gan tinggi seperti China dan Asia Tenggara dan turut menyasarka­n pasaran kurang maju dan membangun seperti Afrika dan Timur Tengah,” katanya pada taklimat prestasi kewangan FY 17 di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menjangkak­an mampu untuk mencapai peningkata­n jualan eksport lebih 20 peratus dari Malaysia pada tahun kewangan FY 18 dan tambahan RM200 juta, sekali gus membantu usaha untuk mencapai sasaran RM500 juta menjelang 2020.

“Pada masa ini, aktiviti eksport dari Malaysia dan Thailand menyumbang lebih 10 peratus kepada pendapatan keseluruha­n kumpulan dan turut mencatatka­n pertumbuha­n 30 peratus dalam eksport di pasaran Afrika dan

Timur Tengah,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, F&N dijangka mampu mencatatka­n peningkata­n dalam pendapatan dan keuntungan bagi tahun kewangan FY 18 berikutan langkah pembinaan kapasiti dan penguranga­n kos yang dilaksanak­an tahun ini hampir selesai.

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia