Harian Metro

Lebih 1,200 akaun beku

-

Dubai: Arab Saudi membekukan lebih 1,200 akaun bank milik individu dan syarikat negara itu dalam operasi membasmi rasuah besar-besaran membabitka­n pelbagai orang kenamaan negara itu, kata pegawai bank dan peguam semalam.

Malah jumlah akaun bank yang dibekukan dijangka terus meningkat dalam pada puluhan kerabat diraja, pegawai serta eksekutif perniagaan ditahan dalam operasi itu dan berdepan pelbagai tuduhan termasuk pengubahan wang haram, rasuah, pemerasan serta mengambil kesempatan terhadap kakitangan awam untuk tujuan peribadi.

Menurut pegawai bank yang enggan dikenali, bank pusat menambah senarai akaun yang perlu dibekukan hampir setiap jam sejak Ahad lalu.

Bank terbabit tidak menamakan syarikat yang terjejas tetapi berkata, ia termasuk syarikat tersenarai dan tidak tersenarai dalam pelbagai sektor.

Tambahnya, jika pembekuan akaun itu mengambil masa lama, aktiviti syarikat terbabit semakin hari berdepan masalah seperti pembayaran gaji pekerja, pemiutang selain membabitka­n urus niaga lain.

Seorang lagi pegawai bank berkata, kebanyakan akaun bank yang dibekukan itu milik individu dan bukan syarikat.

Pihak bank juga dibenarkan untuk terus membiayai komitmen yang sedia ada.

Sementara itu, semalam, pihak berkuasa dilaporkan menahan lebih ramai orang berkaitan siasatan rasuah termasuk mereka yang mempunyai kaitan dengan keluarga terdekat Allahyarha­m Putera Mahkota serta Menteri Pertahanan Putera Sultan Abdulaziz yang meninggal dunia pada 2011. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia