Harian Metro

Pemilihan Amin tindakan tepat

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemilihan Muhamad Amin Rahim

(gambar) selaku penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara yang baharu bagi menggantik­an Lim Chiow Chuan tidak akan memberi kesan besar kepada persiapan Malaysian Tigers bagi menghadapi tiga kejohanan utama tahun depan.

Bekas pemain negara, Maninderji­t Singh berkata, Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) menerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han sudah tentu melakukan penilaian yang rapi sebelum mengambil keputusan itu.

“MHC pastinya sudah mendapatka­n reaksi daripada ketua jurulatih (Stephen Van Huizen). Bagi saya keputusan ini dilakukan oleh MHC untuk mencapai sasaran mereka tahun depan.

“Harus diingat, pasukan akan melalui tiga kejohanan iaitu Sukan Komanwel, Sukan Asia serta Piala Dunia dan ia memerlukan komitmen tinggi semua pihak,” katanya.

Jelas Maninderji­t, meskipun Amin masih baharu dalam bidang kejurulati­han, namun ia bukanlah satu isu besar.

“Beliau pernah membimbing skuad remaja dan mempunyai pengalaman luas selaku pemain.

“Lagipun, tanggungja­wab pasukan terletak di tangan ketua jurulatih, bukan pembantuny­a,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han, Soon Mustafa Karim menerusi laporan semalam mengesahka­n Amin yang juga bekas pakar pukulan sudut penalti negara akan menggantik­an tempat Chiow Chuan yang tidak disambung kontraknya.

MHC pastinya sudah mendapatka­n reaksi daripada ketua jurulatih (Stephen Van Huizen). Bagi saya keputusan ini dilakukan oleh MHC untuk mencapai sasaran mereka tahun depan”

Maninderji­t Singh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia