Harian Metro

Marcote sedia kembali

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Pengendali Kedah musim 2015, Ramon Marcote mengakui belum menerima sebarang rundingan mengenai tawaran jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Helang Merah oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Beliau yang dihubungi di Madrid semalam berkata, beliau masih belum menerima sebarang pelawaan atau rundingan dari pihak KFA bagi tujuan itu sejak April lalu.

“Saya kini bersedia melatih Kedah jika mendapat tawaran KFA namun setakat ini saya masih belum menerima apa-apa tawaran.

“Melihat kepada cabaran yang akan dihadapi Kedah pada musim 2018, saya bersedia menerima tawaran jika diberi peluang kembali ke Kedah, namun pada masa sama saya tidak tidak perlu tergesa-gesa,” katanya.

Marcote mengakui masih mengikuti perkembang­an Liga Malaysia khususnya Kedah yang pernah dibimbingn­ya hingga ke separuh akhir kempen Piala Malaysia 2015.

“Saya sentiasa mengikuti perkembang­an prestasi pasukan Kedah dalam liga Malaysia dan saya menganggap satu penghargaa­n jika benar Persatuan Bolasepak Kedah mahu kembali mendapatka­n khidmat saya.

Marcote yang kini sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Phd) dalam bidang sains sukan di Madrid berkata, beliau sedia sekiranya dipanggil untuk mengisi jawatan itu.

“Saya kini bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan, jadi saya sedia kembali ke Malaysia kerana ia sesuatu yang menarik buat saya.”

 ?? Ramon Marcote ?? Melihat kepada cabaran yang akan dihadapi Kedah pada musim 2018, saya bersedia menerima tawaran jika diberi peluang kembali ke Kedah, namun pada masa sama saya tidak tidak perlu tergesa-gesa”
Ramon Marcote Melihat kepada cabaran yang akan dihadapi Kedah pada musim 2018, saya bersedia menerima tawaran jika diberi peluang kembali ke Kedah, namun pada masa sama saya tidak tidak perlu tergesa-gesa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia