Harian Metro

Oppo F5 ubah swafoto

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Oppo Malaysia memperkena­lkan model terbaru Oppo F5 yang bakal diperoleh secara rasmi bermula 11 November ini.

Oppo F5 memaparkan paparan skrin penuh dilengkapi paparan nisbah aspek 18:9 dan disokong teknologi pengecaman kecantikan A.I. (A.I. Beauty Recognitio­n Technology) yang direka untuk merubah konsep fotografi swafoto ke tahap baru.

F5 dilengkapi kamera depan 20MP yang dipasangka­n ciri f2.0 membolehka­n pengguna merakam swafoto sempurna pada bila-bila masa dan di mana saja menjadikan F5 telefon yang sesuai untuk semua jenis pengguna.

Di samping itu, Oppo F5 turut memperkena­lkan akses ‘Sensor Pengecaman Wajah’ (Facial Unlock) untuk membuka kekunci telefon dengan segera.

Pengecaman Kecantikan A.I. Oppo mengumpulk­an maklumat dan mengkaji ciri wajah khusus pengguna berlainan daripada pangkalan data imej dunia wajah manusia.

Di samping itu, Pengecaman Kecantikan

A.I. mengenali jenis dan ton kulit, jantina serta umur subjek untuk membuat penyesuaia­n menurut pangkalan datanya yang kemudian membuat peningkata­n kecantikan disesuaika­n untuk setiap individu dalam swafoto.

Oppo turut melantik aktor terkemuka, Fattah Amin dan selebriti Yoga Lin sebagai duta produk ini.

Fon ini mempunyai kamera belakang 16MP dengan bukaan f1.8. Berbanding dengan kamera 13MP atau 16MP jenama lain dalam lingkungan harga yang sama, Oppo F5 mempunyai resolusi yang lebih tinggi dan kualiti foto lebih baik.

Kamera OPPO boleh memberikan kesan bokeh dan HDR depan menyelesai­kan masalah pendedahan pencahayaa­n melampau.

F5 juga adalah peranti paparan FHD+ skrin penuh 6.0 inci pertama Oppo membekalka­n pengguna keseronoka­n visual yang jelas tanpa perlu meningkatk­an saiz selain mempunyai 2160 x 1080 piksel skrin resolusi tinggi dengan nisbah aspek 18:9.

Ciri rekaan unibodi anggun dengan rekaan melengkung pula kemas dipegang dan Oppo menawarkan sistem operasi Color OS 3.2 bersama RAM 4GB dan storan dalaman 32GB.

Slot tiga slot menyokong dua kad nano dan satu kad TF sekali gus.

Hayat bateri F5 pula dioperasik­an dengan kapasiti bateri yang 3200mAh dan teknologi pengoptimu­m berterusan (continuous optimizing technology) untuk mengurus aplikasi yang beroperasi dalam peranti berterusan sehingga 12 jam.

Fungsi jangan ganggu (Do Not Disturb) ketika bermain game pula hanya akan memaparkan panggilan masuk dalam bentuk sepanduk.

Oppo F5 dijual pada harga RM1,298 di 888 lokasi jualan rasmi Oppo di seluruh Malaysia, laman rasmi OPPO dan laman rakan kongsi e-dagang seperti Lazada, 11street dan Shopee.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? OPPO F5
Harga: RM1,298
Skrin: 6 inci FHD+
SIM: dwi SIM (nano) Kenipisan: 7.5mm
Berat: 152g
Pemprosesa­n: Mediatek MT6763T Helio P23
OS: Android 7.1, ColorOS
3.2
RAM: 4GB
Storan: 32GB, kad microSD Kamera: 16MP f1.8
Kamera depan: 20MP f2.0
OPPO F5 Harga: RM1,298 Skrin: 6 inci FHD+ SIM: dwi SIM (nano) Kenipisan: 7.5mm Berat: 152g Pemprosesa­n: Mediatek MT6763T Helio P23 OS: Android 7.1, ColorOS 3.2 RAM: 4GB Storan: 32GB, kad microSD Kamera: 16MP f1.8 Kamera depan: 20MP f2.0

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia