Harian Metro

Hamil selepas 4 tahun berusaha

-

detik bagaikan satu ujian besar.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan sama seperti orang lain yang menantikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan.

Tahun demi tahun berlalu, rezeki belum berpihak kepada pasangan ini yang akhirnya membuat keputusan untuk menjalani pelbagai pemeriksaa­n dan rawatan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat masalah kesuburan atau kesihatan.

Ternyata setiap usaha serta rawatan itu memerlukan kos perbelanja­an yang agak besar khususnya dalam membeli ubat, menjalani rawatan dan pemeriksaa­n serta mendapatka­n vitamin disyorkan doktor.

Ia memerlukan satu perancanga­n kewangan yang disiplin kerana ternyata ia bukan satu perkara remeh.

Menurut Nurzatil Ismah Omar, 29, dia dan suami, Nik Mohd Syafik Md Salleh, 29, mula menjalani pemeriksaa­n kesihatan menyeluruh pada 2014 selepas tiada sebarang tanda kehamilan.

“Keinginan yang kuat untuk mempunyai zuriat mendorong saya menjalani pelbagai rawatan serta pemeriksaa­n kesihatan bermula 2014 hingga tahun ini.

“Syukur, segalanya disahkan normal dan kami tidak berputus asa berusaha sebelum disahkan hamil Mac tahun ini,” katanya.

Menurut Nurzatil Ismah yang kini sarat hamil lapan bulan, segala bentuk pemeriksaa­n mahupun rawatan memerlukan kos perbelanja­an tertentu.

“Kami menjalani rawatan kesuburan di Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Kuala Lumpur termasuk ujian darah bagi mengenal pasti masalah hormon saya dan suami, analisis air mani untuk memeriksa kualiti sperma serta vitamin yang keseluruha­n menelan kos RM500.

“Kami juga mengambil suntikan Gonal F (Follitropi­n Alfa) berharga RM500 untuk merangsang perkembang­an folikel yang mengandung­i telur pada wanita selain ujian Histerosal­pingografi (HSG) berharga RM300 iaitu ujian mengesan kesihatan rahim dan saluran peranakan,” katanya.

Nurzatil Ismah berkata, terdapat beberapa lagi usaha yang dilakukann­ya termasuk kaedah tradisiona­l seperti urutan, sengkak, tangas dan bertungku serta mengamalka­n pelbagai makanan sunnah untuk kesihatan.

“Syukur, selepas segala usaha dan penantian selama ini, akhirnya saya hamil dan dijangka bersalin pada Disember ini.

“Tiada kata yang dapat digambarka­n apabila menerima berita ini dan saya amat mengharapk­an segalanya dipermudah­kan sehingga proses kelahiran kelak,” ujarnya.

RANCANG KEWANGAN SEBAIK-baikNYA

Selepas disahkan hamil, Nurzatil Ismah berkata, dia dan suami sentiasa mengamalka­n perancanga­n kewangan sebaik mungkin bagi mengelak berlakunya masalah kemudian hari.

“Segalanya memerlukan perbelanja­an bermula daripada pemeriksaa­n bulanan, ujian imbasan, vitamin dan barangan keperluan bayi yang perlu disediakan sebelum kelahiran bayi.

“Saya dan suami membeli keperluan bayi sedikit demi sedikit mengikut perancanga­n bagi mengelak berlakunya pembaziran dan pada masa menempah hospital untuk bersalin,” katanya.

Katanya, kini segala kelengkapa­n serta keperluan bayi sudah tersedia termasuk pakaian bayi, keperluan menyusu, produk bayi, keperluan berpantang termasuk tempahan bidan mengurut.

“Disebabkan itu perancanga­n kewangan amat

Berita gembira buat pasangan Nurzatil Ismah, Nik Mohd Syafik disusuli persediaan secukupnya

penting sebelum, semasa dan selepas kelahiran bagi mengelak masalah selain segalanya kini memerlukan wang.

“Tidak kiralah bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta, segalanya perlukan kos kerana perbelanja­an bukan tertumpu kepada bayaran bil hospital semata-mata,” ujarnya.

Menurutnya, dalam masa sama, dia dan suami membuat simpanan kecemasan terutama untuk kegunaan selepas bersalin iaitu simpanan di Tabung

Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB), tabung kecemasan bersama dan insuran hayat.

“Tidak boleh dinafikan kini kos sara hidup semakin meningkat dan disebabkan itu perancanga­n kewangan amat penting.

Ini juga mengelak daripada berlakunya masalah terpaksa berhutang disebabkan gagal membuat perancanga­n kewangan dengan baik terutama selepas kelahiran bayi yang ternyata memerlukan perbelanja­an lebih tinggi,” katanya.

Tambahnya, hamil bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ia membabitka­n masa depan bayi itu sendiri.

“Disebabkan itu, sebelum disahkan hamil saya dan suami amat menitikber­atkan aspek perancanga­n kewangan sebagai persediaan sekiranya ditimpa kecemasan.

“Kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang dan disebabkan itu juga kami membuat simpanan setiap bulan secara konsisten sejak sebelum saya hamil lagi,” ujarnya.

 ??  ?? NURZATIL Ismah sentiasa menitikber­atkan aspek perancanga­n kewangan secara konsisten sebelum, ketika dan selepas kehamilan.
NURZATIL Ismah sentiasa menitikber­atkan aspek perancanga­n kewangan secara konsisten sebelum, ketika dan selepas kehamilan.
 ??  ?? NURZATIL Ismah dan suami menjalanka­n pelbagai rawatan dan pemeriksaa­n berkaitan kesuburan dan kehamilan.
NURZATIL Ismah dan suami menjalanka­n pelbagai rawatan dan pemeriksaa­n berkaitan kesuburan dan kehamilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia