Harian Metro

PENGSAN KREN TUMBANG

Dua kereta rosak dihempap kren tumbang di tapak pembinaan

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Terkejut melihat kren tumbang dan runtuhan kabel seolah-olah mahu menimpanya menyebabka­n seorang wanita pengsan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kren di tapak pembinaan pangsapuri sepanjang lebih 100 meter tiba-tiba tumbang menyebabka­n dua kereta rosak dihempap.

Saksi kejadian, Abdul Rahman Maarif, 59, berkata, ketika kejadian, dia berjalan di belakang wanita berusia 20-an itu sebelum kren di tapak pembinaan itu tumbang.

“Saya nampak kren itu tiba-tiba tumbang dan terdapat kabel melibas ke arah kami. Saya sempat menjerit dan menyuruh wanita itu segera melarikan diri.

“Saya berpusing untuk lari, namun apabila menoleh semula ke arah belakang, saya dapati dia sudah terbaring di jalan dipercayai pengsan kerana terkejut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Zukri Hussin, 57, berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu kereta berhampira­n tapak binaan itu.

Menurutnya, runtuhan kren itu menghempap kereta Mercedes-Benz miliknya.

“Saya tergamam seketika sebelum mendapati sebuah lagi kereta model Proton Persona di hadapan turut remuk dihempap kren sama.

“Kabel kren itu menghempap cermin hadapan dan bumbung kereta saya menyebabka­n cermin kereta saya retak.

“Saya mengalami sedikit kecederaan di tangan mungkin akibat terkena serpihan kaca sebelum diberi rawatan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya.

Jurucakap APM berkata, tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu, namun pihaknya bersiap siaga di lokasi sehingga keadaan terkawal.

Sementara itu, UDA Holding Berhad (UDA) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil langkah segera menutup kawasan kejadian.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini. Maklumat lebih lanjut akan diberikan sebaik siasatan selesaikan dijalankan.

“UDA kesal dengan kejadian ini dan akan mengambil segala pendekatan perlu bagi mengelak kejadian seumpamany­a berulang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Saya cedera di tangan mungkin akibat terkena serpihan kaca sebelum diberi rawatan anggota Angkatan Pertahanan Awam”
Zukri KREN di tapak pembinaan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru runtuh, semalam. ORANG ramai membantu wanita yang pengsan.
Saya cedera di tangan mungkin akibat terkena serpihan kaca sebelum diberi rawatan anggota Angkatan Pertahanan Awam” Zukri KREN di tapak pembinaan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru runtuh, semalam. ORANG ramai membantu wanita yang pengsan.
 ??  ?? GAMBAR kiri kereta yang remuk dihempap, manakala Mercedes-Benz rosak pada bahagian cermin, bumbung dan hadapan.
GAMBAR kiri kereta yang remuk dihempap, manakala Mercedes-Benz rosak pada bahagian cermin, bumbung dan hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia