Harian Metro

PUSARA KEKASIH ‘OREN’

Kucing oren sering berbaring di kubur arwah pencinta haiwan sejak 9 bulan lalu

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

> Allah SWT mungkin mahu menunjukka­n kebesaran-Nya untuk difahami dan diteladani manusia. Itulah kesimpulan bagi menjawab misteri kehadiran seekor kucing berwarna oren yang saban hari berada di kepuk pusara Allahyarha­m Nordin Rehen bagaikan menemani penghuni kubur itu sejak sembilan bulan lalu. Sewaktu hayatnya, Allahyarha­m yang amat menyayangi kucing dan pemergiann­ya mungkin diratapi haiwan berkenaan, lapor Mohd Hasbi Sidek

Peneman penghuni kubursayan­g kucing

Gelagat aneh seekor kucing oren yang kerap dilihat berada di pusara milik seorang lelaki menimbul pelbagai misteri apatah lagi perbuatan itu berlarutan sejak sembilan bulan lalu.

Kucing betina itu dikatakan kerap ditemui berbaring di kepuk pusara Allahyarha­m Nordin Rehen di Tanah Perkuburan Raudatul Firdaus, Jalan Kuala Garing, dekat sini.

Kehadiran kucing itu turut menimbulka­n tanda tanya kepada ahli keluarga Nordin yang melawat pusara itu saban minggu.

Wartawan Harian Metro berusaha menjejaki dan menemu bual ahli keluarga kepada pemilik pusara itu bagi merungkai kisah berkenaan.

Pertemuan diaturkan dengan ahli keluarga Allahyarha­m Nordin kira-kira jam 9 pagi baru-baru ini, berikutan mereka sentiasa melawat pusara berkenaan pada waktu itu.

Anak arwah Nordin, Norazlinda Nordin, 36, tiba di kawasan perkuburan itu bersama ibunya, Mahani Wahab, 70.

Ketika itu kelibat kucing berkenaan kelihatan di kawasan berkenaan dan sebaik melihat dua beranak ini datang, kucing itu terus ke kubur Nordin seolah-olah tahu yang mereka hendak ke kubur itu.

Mahani berkata, dia kerap menjengah pusara suaminya sejak pemergian arwah Februari lalu akibat sakit tua.

“Biasanya saya akan da- tang ke sini terutama pada hari Jumaat untuk membaca surah Yasin.

“Namun apa yang menghairan­kan saya, terdapat seekor kucing yang seolah-olah menjadi penunggu pusara ini. Kucing ini akan menunggu di sini setiap kali kami menziarahi kubur.

“Lebih pelik apabila kucing betina dewasa itu bukan haiwan peliharaan kami namun amat jinak apabila dibelai,” katanya.

Menurutnya, kucing yang diberi nama Adik itu tidak akan berganjak dan setia menemaniny­a sehinggala­h selesai bacaan Yasin dan doa.

“Biasanya kucing itu akan berbaring pada kepok. Malah, ia sangat jinak seolah-olah turut menghayati bacaan Yasin,” katanya.

Ditanya mengenai kisah hidup suami ketika hayatnya, Mahani berkata, Nordin seorang yang amat menyayangi kucing.

“Malah ketika kucing belaannya hilang, dia menangis seperti kehilangan anak sendiri dan turut mencari di merata tempat.

“Pernah sekali dia menampal iklan di kawasan perumahan kami di Taman Tun Teja semata-mata mahu mencari kucingnya yang hilang.

“Arwah memang menganggap kucing seperti anaknya sendiri. Dia pernah membela beberapa ekor dan sebahagian daripadany­a dikutip di jalanan,” katanya ketika ditemui.

 ??  ??
 ??  ?? KUCING oren setia menemani Mahani hingga selesai bacaan Yasin dan doa.
KUCING oren setia menemani Mahani hingga selesai bacaan Yasin dan doa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia