Harian Metro

Sering teman penggali kubur

-

Rawang: Kucing berwarna oren yang sering berada di pusara milik Allahyarha­m Nordin Rehen di sekitar Tanah Perkuburan Raudatul Firdaus, Jalan Kuala Garing di sini, turut gemar menemani penjaga kubur di kawasan itu ketika menggali liang lahad.

Ibrahim Taib, 61, berkata, kucing itu kerap menemaniny­a menggali liang lahad dengan duduk di atas tebing lubang.

“Malah, ketika saya sedang menggali liang lahad, kucing ini akan menjenguk ke dalam lubang dan memerhatik­an saya. Risau juga sekiranya ‘dia’ tertimbus.

“Memang kucing itu amat jinak dan sentiasa berada di kawasan ini. Tanah perkuburan ini sudah menjadi seperti ‘rumahnya’,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ibrahim memberitah­u bertanggun­gjawab menjaga tanah perkuburan itu dan melakukan kerja logistik termasuk menggali liang lahad sejak 11 tahun lalu.

Dia mendakwa kucing itu adalah kucing terbiar yang dikutipnya sebelum ini.

“Ketika berada di kawasan Kuala Garing, saya ternampak seekor kucing oren itu.

“Risau kucing itu dilanggar kenderaan yang lalu-lalang, saya mengambiln­ya dan membawanya ke tanah perkuburan ini.

“Saya memberi makanan kepada kucing berkenaan setiap hari dan ia sangat jinak. Mungkin ‘dia’ memang suka untuk berada pusara arwah suami wanita itu (Mahani Wahab). Semua itu semua kuasa Tuhan,” katanya.

 ??  ?? ALLAHYARHA­M Nordin bersama kucing peliharaan­nya.
ALLAHYARHA­M Nordin bersama kucing peliharaan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia