Harian Metro

Seorang lagi mangsa rumah terbakar meninggal

-

Alor Setar: Polis masih menunggu sampel ujian asid deosiribon­ukleik (DNA) ahli keluarga lima mangsa yang rentung dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya, Sungai Petani, Selasa lalu bagi mendapatka­n pengesahan identiti mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, setakat ini sampel DNA mangsa sudah diambil dan hanya menunggu sampel ahli keluarga untuk mengesahka­n identiti mereka.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasam­a dengan Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang untuk proses mengambil sampel itu.

“Bagaimanap­un, mangsa yang terselamat dalam kejadian itu (Samsul, 40) disahkan meninggal dunia jam 2.15 petang ini (semalam).

“Mangsa yang melecur teruk sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan dilaporkan kritikal sebelum meninggal dunia hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Katanya, Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang juga sudah dimaklumka­n untuk tindakan lanjut.

Harian Metro kelmarin melaporkan lima mangsa rentung dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Gelugor, Taman Petani Jaya manakala seorang lagi melecur yang disahkan sebagai warga Indonesia.

Mangsa yang maut termasuk pasangan suami isteri dikenali Mat Holel Tubat, 40, dan isteri, Ume, 35, Misbah Hul Anwar, 17, Tabiyah, 67, dan Habi Tokrimin, 40.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro kelmarin.
LAPORAN Harian Metro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia