Harian Metro

Wanita tampar anak tiada unsur penderaan

-

Kuantan: Berang melihat anak mahu mengikutny­a keluar, seorang wanita ‘naik hantu’ apabila menampar dan mengheret kanak-kanak itu hingga terjatuh di atas jalan di depan rumahnya di Taman Mahkota Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berkenaan turut ditampar dua kali oleh ibunya sehingga menyebabka­nnya menangis kerana tidak dapat menahan kesakitan.

Kejadian menimpa kanak-kanak berkenaan sempat dirakam penduduk dan video berdurasi 50 saat itu tular di laman sosial hingga mendapat kecaman netizen.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila kanak-kanak berkenaan dipercayai mahu mengikut ibunya yang kebetulan mahu keluar, tetapi wanita terbabit mengarahka­n anaknya masuk ke dalam rumah.

Namun, kanak-kanak itu enggan mendengar cakap ibunya menyebabka­n wanita terbabit berang lalu memarahi dan menampar anaknya dua kali.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit mengheret anaknya ke pintu belakang kereta dan mengarahka­n kanak-kanak berkenaan masuk dan duduk di kerusi bahagian belakang sebelum beredar dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi semalam, mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Ibu mangsa berusia 30-an tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin, untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, polis mengesahka­n kejadian itu tidak berunsurka­n penderaan sebaliknya hanya salah faham dalam keluarga dan doktor mengesahka­n kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 ??  ?? VIDEO wanita pukul anak dirakam penduduk setempat berdurasi 50 saat tular di media sosial.
VIDEO wanita pukul anak dirakam penduduk setempat berdurasi 50 saat tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia